Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

LEBIH 1000 PEMPAMER SERTAI HARI KOPERASI 2017

KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2017-  Sambutan Hari Koperasi 2017 yang bakal dilancarkan pada 22 Julai ini bakal membabitkan lebih 1,300 pempamer, dengan kira-kira 50  penjanjian persefahaman (MoU) dimeterai  dengan  pelaburan melebihi RM45 juta melalui sambutan yang akan diadakan di peringkat negeri.

Sambutan Hari Koperasi yang disambut tahun lalu menyaksikan sebanyakl 35 MoU ditandatangani dan nilai pelaburan sebanyak RM35 juta. Pada sambutan itu, lebih 150,000 pengunjung menghadiri program yang melibatkan kira –kira 1,000 pempamer ini.

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya mejangkakan lebih ramai ahli koperasi yang akan menghadiri sambutan yang bakal diadakan di peringkat negeri bagi memberi peluang kepada ahli-ahli gerakan koperasi menghadirinya selain dari mempamerkan hasil produk mereka kepada umum.

Katanya, sambutan kali ini diperluaskan ke seluruh negara supaya gerakan koperasi ini dirasai dan dapat dirayakan oleh ahli-ahli koperasi berbanding sambutan sebelum ini yang hanya tertumpu di ibu negara dengan jumlah kehadiran yang terhad.

Berucap ketika merasmikan majlis Pra Pelancaran Hari Koperasi Negara 2017 di Ibu pejabat Suruhanjaya Koperasi di sini, beliau berkata, tema Hari Koperasi Negara (HKN) 2017 adalah “Transformasi Koperasi Ke Arah Kesejahteraan” sebagai penekanan bahawa koperasi merupakan agen pembangunan sosioekonomi yang boleh menjamin kesejahteraan rakyat.

Katanya, sehingga 31 Mei 2017, terdapat 13,617 koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Kejayaan koperasi dapat dilihat melalui prestasi jumlah perolehan yang dicatatkan sebanyak RM39.66 bilion, keanggotaan seramai 7.07 juta orang, modal syer dan yuran sebanyak RM13.99 bilion serta aset bernilai RM130.7 bilion pada Disember 2016”, ujarnya.

“Berdasarkan statistik tersebut, terdapat peningkatan dari segi perolehan koperasi pada tahun 2016 iaitu sebanyak 18.2 peratus berbanding tahun 2015 dengan sebanyak (RM33.56 bilion) katnya lagi.

Dato’ Seri Hamzah juga memberitahu bahawa SKM telah melancarkan buku mengenai profil 100 koperasi terbaik yang boleh dijadikan contoh berdasarkan kepada pencapaian dari aspek kuantitatif dan kualititatif.

Buku ini juga menonjolkan kejayaan sesebuah koperasi menghasilkan produk, pengurusan terbaik, pengurusan kewangan dan lain-lain aspek positif yang harus dimiliki sesebuah koperasi.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive