Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

SHAH ALAM, 5 Julai 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan pemeriksaan secara bersasar di premis pembungkusan minyak masak bersubsidi utama di sekitar Shah Alam, Selangor.

Pemeriksaan yang diketuai oleh YB Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan turut disertai Tuan Shahrudin bin Hamzah, Ketua Seksyen Bekalan Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP; Tuan Mohd Khairi bin Jamaludin, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Selangor serta pasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Selangor. Dalam masa yang sama, Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam mengetuai pemeriksaan di Kelantan. Pemeriksaan yang sama turut dijalankan di seluruh negara.

Menurut YB Dato’ Rosol, ini merupakan pemeriksaaan pertama di Selangor mensasarkan dua (2) premis pembungkusan minyak masak bersubsidi di Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam yang merupakan premis aktif beroperasi sebagai pembekal utama bekalan minyak masak di lokaliti Shah Alam serta keseluruhan Negeri Selangor.

KPDNHEP telah merancang secara komprehensif dengan mengenal pasti premis pembungkusan minyak masak mengikut lokaliti di setiap Negeri dan melaksanakan pemeriksaan mengejut untuk meneliti status sebenar jumlah (bekalan) minyak masak  paket 1 kilogram yang dikeluarkan oleh premis pengeluar dan pembungkus minyak masak bersubsidi.

Pemeriksaan yang memfokuskan kepada tempat penyimpanan bekalan, serta pemprosesan pengeluaran dan pembungkusan minyak masak paket, selain mendapatkan deklarasi atau maklumat lengkap daripada pengusaha premis yang diperiksa berkaitan minyak masak yang dikeluarkan.

KPDNHEP turut beri fokus pemeriksaan kedudukan harga runcit minyak masak sawit tulen dalam botol yang telah diapungkan harganya bermula 1 Julai 2022 bagi memastikan harga jualan runcit berpatutan dan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan secara tidak munasabah (mencatut). Mana-mana peniaga yang didapati berbuat demikian akan diberi notis di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan disiasat atas kesalahan mencatut. 

Tambahnya lagi, KPDNHEP juga memberi amaran keras kepada mana-mana individu dan syarikat agar tidak terbabit/bersubahat melakukan aktiviti penyelewengan dan menyorok barang kawalan/subsidi. Mana-mana orang yang melakukan kesalahan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3,000,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Juta) bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya sekali manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Juta) manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5,000,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Juta).

Anggota penguat kuasa KPDNKSH akan sentiasa berada di lokasilokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasaraya untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan.

Akhir sekali,sekiranya pengguna mempunyai sebarang maklumat berkaitan salah laku peniaga berhubung barang kawalan bersubsidi khususnya minyak masak paket 1kg boleh menyalurkan aduan lengkap kepada KPDNHEP melalui saluran

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


PUTRAJAYA, 1 JULAI 2022  Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI),   YB Datuk Seri Ronad Kiandee, telah mengumumkan harga siling baru bagi ayam bulat Standard dan Telur Ayam Gred A, B dan C pada  29 Jun 2022. Harga siling ini berkuatkuasa hari ini untuk tempoh dua bulan dari 1 Julai 2022.

Harga siling baru bagi Semenanjung untuk ayam standard pada harga RM9.40 sekilogram dan telur ayam Gred A(0.45sen sebiji), Gred B(0.43sen sebiji) dan Gred C(0.41 sen sebiji) bermula 1 Julai 2022 adalah manifestasi keperihatinan Kerajaan untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat semua peringkat di samping mengekalkan tahap nutrisi dan kesihatan keluarga Malaysia untuk mendapatkan sumber protin yang diperlukan.

Kerajaan juga mengumumkan harga siling ayam dan telur ayam bagi Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan seperti dalam daftar harga yang dilampirkan yang berkuatkuasa 1 Julai 2022 untuk tempoh masa yang sama iaitu dua bulan.

Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM369.5 juta menjadikan jumlah keseluruhan subsidi pukal untuk ayam dan telur adalah sebanyak RM1.1 bilion sejak 5 Februari 2022.  Keputusan Jemaah Menteri menetapkan harga siling dan subsidi pukal bagi ayam dan telur dibuat dengan teliti demi kebaikan dan kesejahteraan semua peringkat  rakyat Malaysia.

KPDNHEP akan meneruskan tradisinya meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dengan menggerakkan semua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP di seluruh negara. Kementerian juga akan melakukan OPS SAMAR di mana pengawai penguatkuasa akan melaksanakan operasi tanpa memakai pakaian seragam dan kenderaan Kementerian serta melakukan ujian pembelian bagi memastikan peniaga patuh kepada patuh kepada undang-undang terutama bekalan, harga dan tanda harga. KPDNHEP yakin tahap pematuhan di peringkat peniaga terutama peruncit akan kekal tinggi seperti pada penetapan harga siling dan harga maksimum sebelum ini.

Selain itu, KPDNHEP akan terus bersama Kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup rakyat secara holistik dan tuntas meliputi semua barangan kawalan dan subsidi. Oleh itu, semua pengguna diminta untuk menyalurkan aduan yang lengkap kepada Kementerian sekiranya menyaksikan salah laku peniaga di talian Whatsapp 019-8488000, aplikasi ez-Adu atau email kepaa This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ARAU, 30 Jun 2022 – Telah berlangsung Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa (MPGPS) 2022 yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis.

MPGS 2022 ini merupakan satu program tahunan dalam kalendar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Gerakan Pengguna Siswa (GPS)  Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara yang bertindak sebagai platform dalam membincangkan isu-isu kepenggunaan bagi pelajar IPT. Ianya juga membina hubungan yang lebih baik di antara pelajar IPT dan KPDNHEP serta memantapkan GPS sebagai sebuah gerakan kepenggunaan yang berkesan.

Menurut Dato’ Rosol Wahid, pihak Kementerian sentaisa komited dalam menyokong usaha proaktif yang dilaksankan oleh Gerakan Pengguna Siswa di IPT seluruh negara dalam menyebarluas ilmu kepenggunaan serta meningkatkan kesedaran hak pengguna di kalangan pengguna muda. Sehingga kini, jumlah keseluruhan GPS yang berdaftar dengan KPDNHEP adalah sebanyak 177 buah GPS. Daripada jumlah ini, seramai 8,748 pelajar telah menjadi ahli persatuan GPS.

Kementerian percaya peranan yang dimainkan oleh ahli GPS amat signifikan yang menjadi duta kecil bagi KPDNHEP serta berperanan sebagai mata dan telinga Kerajaan dalam menyemarakkan dan menyebarluas program advokasi kepenggunaan di kalangan pengguna muda.

Akhir sekali, pihak Kementerian berharap agar aktiviti-aktiviti kepenggunaan melalui platform GPS di IPT ini dapat diperluaskan dan ia mampu membentuk satu asas budaya kepenggunaan yang holistik dan konsisten di kalangan golongan pelajar yang merupakan kumpulan pengguna generasi baru (new consumer group). 

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


KUALA PERLIS, 29 Jun 2022 – Yang Berhormat Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menyempurnakan Majlis Pelancaran program utama Kementerian iaitu Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Initiative – ReDI) Peringkat Negeri Perlis.

ReDI ini adalah sebahagian dari pelaksanaan inisiatif pengembangan sektor perniagaan yang menjadi teras utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Melalui Program ReDI seramai 3,919 peniaga telah beralih ke medium digital dan kini ianya diperluaskan di Perlis dengan menyasarkan Kuala Perlis Go Cashless di sini.

Menurut Dato’ Rosol Wahid inisiatif ReDI ini bukan sahaja dapat mengurangkan kebergantungan kepada wang tunai, malah memberi pelbagai manfaat kepada pengguna dan peniaga dalam tiga (3) aspek iaitu mudah, cepat dan selamat.

Selain itu, bagi menyokong pelaksanaan ReDI yang dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis serta Majlis Perbadanan Kangar (MPK) ini, Kementerian bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM30,000 bagi melaksanakan program insentif baru kepada peniaga dan pengguna secara tanpa tunai di Kuala Perlis ini. 

Pada masa yang sama, Kementerian juga meneruskan perluasan Kempen Pembudayaan Norma Baharu Sektor Peruncitan di Brasmana Foodtruck & Flea Market, Kuala Perlis. Di antara langkah yang akan digunakan dalam kempen ini ialah melalui pemasangan Sistem Ulang Siar Digital. Ini adalah salah satu strategi bagi memudahkan semua pihak menerima maklumat dengan pantas dan mudah.

Pada masa yang sama, Kementerian juga membuat penyerahan satu mesin retort kepada pihak pengurusan Hotel Putra Brasmana di mana, Inisiatif melalui proses pembungkusan secara retort ini mampu membantu pengguna, pengusaha hotel dan syarikat katering untuk menguruskan lebihan makanan secara lebih sistematik bagi memanfaatkan golongan penerima di Negeri Perlis.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive