Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap
PROGRAM JUALAN RAHMAH & PENGUMUMAN SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN (SHMMP) KRISMAS 2023

imageKOTA KINABALU, 21 DISEMBER 2023 - YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah mengadakan sidang media Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 yang telah diadakan di Perkarangan Kedai Kepayan Rumah Murah, Kota Kinabalu, Sabah.

Menjelang sambutan perayaan Krismas pada 25 Disember 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 yang akan berkuat kuasa bermula 23 Disember hingga 27 Disember 2023.

Tempoh pelaksanaan adalah selama 5 hari iaitu 2 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 2 hari selepas perayaan. Sebanyak 14 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Krismas

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan turut melaksanakan pemantauan berterusan untuk memastikan keberadaan bekalan barangan adalah mencukupi. Semakan harga boleh dibuat melalui laman portal rasmi KPDN.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 22 BADAN KEBAJIKAN DAN SUKAN KPDN TAHUN 2023

imagePUTRAJAYA, 20 DISEMBER 2023 – Telah berlangsung sesi Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan dan Sukan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Bil. 22 bagi tahun 2023 yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Zakaria bin shaaban, TKSU (PPP) diiringi oleh YBrs. Puan Julia binti Jaladdin, Pengarah (BPSM)  bertempat di dewan serbaguna KPDN, Putrajaya.

Kepentingan badan kebajikan dalam organisasi dilihat sebagai satu medium serta usaha dalam menangani masalah kesihatan mental akibat tekanan hidup yang meningkat di kalangan penjawat awam di atas beberapa faktor diantaranya menghadapi bebanan kerja yang berlebihan, masalah keluarga, masalah kewangan dan sebagainya. Justeru itu, melalui aktiviti  riadah dan sukan yang akan dilaksanakan oleh badan kebajikan  ini mampu memberi kesan secara tidak langsung dalam mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat serta ke arah normalisasi kesejahteraan hidup dan melahirkan masyarakat yang aktif dan cergas selaras dengan kempen Malaysia Aktif.

Pelantikan jawatankuasa barisan kepimpinan yang baharu Badan Kebajikan dan Sukan KPDN telah dipengerusikan secara sementara oleh En. Afendi bin ya @ Zakaria, Ketua Penolong Pengarah (BKPK) dan pemilihan Jawatankuasa melalui proses undian oleh warga KPDN.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


RANGKUMAN PADA HARI KETIGA KARNIVAL BARANGAN MALAYSIA 2023

imagePUTRAJAYA, 15 DISEMBER 2023 - Lensa KPDN sempat merakamkan pelbagai suasana dan reaksi pengunjung pada hari ketiga Karnival Barangan Malaysia 2023 bertempat di IOI Exhibition & Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya.

Sambutan luar biasa pengunjung yang hadir untuk melihat sendiri kepelbagaian produk buatan tempatan yang ditawarkan pada harga yang berpatutan serta promosi dan diskaun yang pastinya cukup berbaloi. Tidak ketinggalan, pelbagai aktiviti menarik sedang berlangsung antaranya adalah persembahan tarian traditional (tarian cina - AB Citra Dancers), Persembahan Buskers (trako band), Sesi Demonstrasi Kraf Tangan, Wawancara Kerohanian dan pelbagai lagi aktiviti menarik disediakan khusus buat pengunjung yang hadir ke karnival Barangan Malaysia 2023.

Pengunjung juga berpeluang menebus kredit tunai e-Wallet Touch n Go bernilai RM20 apabila berkunjung ke reruai KPDN. Pemberian kredit tunai e-Wallet ini terhad kepada 500 orang pengunjung sahaja pada setiap hari berlangsungnya karnival.

Karnival Barangan Malaysia 2023 mengetengahkan konsep Pemerkasaan Produk Tempatan menerusi Industri Peruncitan Tempatan dimana kempen ini merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Kempen ini juga bertujuan untuk mempromosi barangan buatan tempatan serta menggalakkan rakyat Malaysia untuk berbelanja bagi menyokong dan merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan.

#KPDN
#karnivalbaranganmalaysia2023
#barangbaikbarangkita
#jomsokongdanbeli

oleh: Unit Komunikasi Korporat


KARNIVAL BARANGAN MALAYSIA (KBM) 2023

imagePUTRAJAYA, 14 DISEMBER 2023 - Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah merasmikan Karnival Barangan Malaysia (KBM) 2023 yang diadakan di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, IOI City Mall Putrajaya.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Berhormat Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan seterusnya disusuli dengan ucapan perasmian oleh YAB Perdana Menteri.

Karnival Barangan Malaysia (KBM) 2023 ini merupakan acara kemuncak Kempen Beli Barangan Malaysia (KBMM) yang telah dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Untuk makluman, karnival kali ini telah berjaya menghimpunkan seramai 109 pempamer yang terdiri dari pengusaha-pengusaha barangan tempatan termasuk syarikat-syarikat gergasi seperti Petronas, Proton, Perodua, Modenas serta rakan-rakan strategik KBBM yang lain termasuklah Shopee, Lazada, PG Mall dan sebuah syarikat animasi digital Warnakala Studios.

KBM 2023 berjaya menerokai kepelbagaian produk Malaysia dari lebih 10 kluster yang dikumpulkan pada tahun ini termasuklah dari kluster automotif, makanan dan minuman, kesihatan, penerbitan, keperluan rumah dan lain-lain lagi.

KPDN menerusi KBBM pada tahun ini telah berjaya menjalinkan kerjasama strategik bersama 23 rakan strategik yang merangkumi pemain-pemain industri terkemuka dalam memperkasakan lagi barangan Malaysia serta memperluaskan pasaran ke luar negara.

Barang Baik, Barang Kita!

 

oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive