Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

imageKUALA TERENGGANU, 1 MAC 2023, RABU-YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup hari ini menghadiri Program Advokasi Kepenggunaan Dan Penyampaian Sumbangan Kembali Ke Sekolah “Back to School” Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Dewan Gamelan, Primula Beach Resort Hotel, Kuala Terengganu.

Penyampaian bantuan ini melibatkan penyampaian bantuan pakaian seragam kepada 1,000 orang pelajar sekolah rendah di seluruh Negeri Terengganu bagi tahun 2023 dan pada hari ini penyampaian melibatkan sejumlah 200 orang pelajar dan selebihnya akan diagihkan secara berperingkat oleh pihak urusetia.

Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat nasib yang dialami oleh golongan miskin, anak-anak yatim, orang kurang upaya, ibu tunggal dan semua golongan yang tidak berkemampuan serta berkeperluan dalam memenuhi hasrat pembangunan negara selari dengan prinsip Malaysia Madani yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


imagePUTRAJAYA, 28 FEBRUARI 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan Microsite Francais Malaysia. Ia merupakan platform yang dibangunkan oleh KPDN dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA) untuk membantu perkembangan francais dan mempromosikan potensi perniagaan francais kepada masyarakat umum termasuk meningkatkan pemahaman mengenai industri francais negara.

YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri KPDN memaklumkan bahawa Microsite Francais Malaysia sudah mula boleh diakses pada 1 Februari 2023 dengan melayari laman sesawang http://www.francaismalaysia.com.

KPDN mensasarkan dua kumpulan utama bakal mendapat manfaat daripada Microsite Francais Malaysia iaitu bakal francaisor dan bakal francaisi. Microsite ini akan berfungsi sebagai akses kepada sumber maklumat khusus mengenai francais antaranya maklumat pembangunan industri francais negara, fungsi-fungsi direktori francais dan pembiayaan, rujukan kepada proses pendaftaran sebagai francaisor atau francaisi, video dan hebahan promosi serta lain-lain aktiviti pembangunan yang dianjurkan KPDN dan MFA serta aplikasi lead generation bagi mengumpulkan maklumat mereka yang berminat untuk menceburi francais.

Tambahnya lagi, microsite ini merupakan salah satu program di bawah inisiatif DAYA Niaga. DAYA merupakan salah satu inisiatif di bawah Hala Tuju KPDN dalam menangani Kos Sara Hidup pada tahun 2023 selepas RAHMAH.

KPDN optimis bahawa Microsite Francais Malaysia mampu membantu meningkatkan peluang untuk rakyat menceburi bidang perniagaan francais seterusnya melonjakkan sosio-ekonomi, sejajar dengan inisiatif RAHMAH dan konsep Malaysia MADANI yang diperkenalkan Kerajaan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat

 

 


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive