Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

imageJOHOR BAHRU, 6 OKTOBER 2023, JUMAAT – Yang Berbahagia Datuk Roziah Binti Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 Zon Selatan yang berlangsung pada 5 Oktober hingga 8 Oktober 2023 bertempat di Paradigm Mall, Johor Bahru, Johor.

 Untuk makluman, penglibatan seramai hampir dua puluh (20) pempamer dalam menjayakan Jelajah Mini KBM 2023 Zon Selatan dan produk produk yang dibawakan merangkumi kepelbagaian produk atau kluster dari keunikan tiga negeri berbeza di Selatan iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia ini menampilkan pemain-pemain industri perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang dipilih untuk memperkenalkan barangan mereka kepada masyarakat setempat.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan termasuklah pameran dan jualan, sesi advokasi dan bermacam-macam aktiviti menarik untuk para pengunjung.

KPDN ingin menyeru agar rakyat Malaysia untuk “Jom Sokong dan Beli” dan menyarankan pengguna supaya dapat membuat pilihan yang lebih tepat dengan membeli serta memilih barangan Malaysia yang sememangnya berkualiti dan setanding dengan produk-produk luar.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


imageBANGI, 5 OKTOBER 2023 – Majlis Jasamu Dikenang telah berjaya diadakan di Hotel Tenera, Bangi bagi meraikan 161 pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang telah bersara bermula Oktober tahun 2020 sehingga Disember 2023. Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Roszanina Abd Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna dan Pengurusan) KPDN.

Majlis yang disambut dalam suasana penuh bermakna ini bukan sahaja untuk menghargai jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan mereka, tetapi turut menjadi titik pertemuan indah yang menghimpunkan semula pegawai-pegawai pesara KPDN.

Berdayung sampan ke Semenanjung, Hendak membeli tikarlah rotan, Budi dikenang bakti disanjung, Kekal subur dalam ingatan.

Hendak membeli tikarlah rotan,

Budi dikenang bakti disanjung,

Kekal subur dalam ingatan.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


imagePUTRAJAYA, 4 OKTOBER 2023 – YBhg. Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha

KPDN memulakan tugas beliau pada hari ini dengan sesi clock-in dan seterusnya beliau membuat pemeriksaan Perbarisan Kawalan Kehormat Penguat Kuasa KPDN yang diadakan di Anjung Seri, KPDN, Putrajaya.

Ketibaan YBhg. Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar disambut oleh YBhg. Datuk Roziah binti Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri) , YBhg. Datin Roszanina binti Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna) dan warga kerja Kementerian.

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MAJU JAYA DIUCAPKAN KEPADA YBHG. DATO’ MOHD SAYUTHI BIN BAKAR.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


imageMELAKA, 30 SEPTEMBER 2023 –YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Jualan RAHMAH Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka.

Program Jelajah Jualan RAHMAH ini disertai oleh seramai 34 pemain industri peruncitan dan 9 agensi kerajaan dengan pelbagai barangan keperluan harian yang terdiri daripada barangan kering dan basah yang ditawarkan dengan kadar 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran tempatan sekaligus memberi manfaat kepada golongan masyarakat khususnya warga tempatan dalam usaha kerajaan membantu meringankan kos sara hidup.

Untuk makluman, sehingga 29 September 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka telah melaksanakan Program Jualan RAHMAH melibatkan 111 lokasi di seluruh 6 parlimen meliputi 28 DUN di Negeri Melaka. Pecahan mengikut model iaitu di dalam premis sebanyak 82 lokasi , di luar premis sebanyak 3 lokasi dan Jualan RAHMAH bergerak sebanyak 26 lokasi dengan bilangan pengunjung melebihi 258 ribu orang. Manakala penganjuran PJR di seluruh Negara pula telah merekodkan kehadiran melebihi 3.4 juta orang.

Antara barang keperluan yang ditawarkan di Program Jelajah Jualan RAHMAH Peringkat Negeri Melaka ini adalah barang basah seperti ayam standard dijual pada harga RM6.30/kg sahaja berbanding harga siling iaitu RM9.40/kg; telur ayam gred C RM9.00/sepapan berbanding harga pasaran RM12.30/sepapan; minyak masak 5 kg RM30.90/ botol dijual pada harga RAHMAH iaitu RM23.00/kg serta beras super import 5 kg berharga RM26.00/pek dijual pada RM13.00/pek dan banyak lagi barangan keperluan asas yang lain.

Menu RAHMAH juga turut ditawarkan kepada pengunjung dengan pelbagai pilihan berasaskan masakan tempatan mahupun masakan barat pada harga bermula serendah RM5.00 dan ke bawah melalui jualan Food Truck dengan penglibatan seramai lebih 12 orang peniaga.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive