Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap
SESI WALKABOUT TYT NEGERI PULAU PINANG KE PROGRAM MADANI RAKYAT ZON UTARA 2024

sesi walkabout tyt negeri pulau pinang ke program madani rakyat zon utara 2024 original

PULAU PINANG, 3 MEI 2025, JUMAAT - Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bersama YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HAmid, (Timbalan Ketua Menteri 1) telah mengadakan sesi walkabout di reruai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi meninjau perkhidmatan yang ditawarkan oleh KPDN buat pengunjung yang hadir ke Program MADANI Rakyat Zon Utara bertempat di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang.

Turut hadir bersama adalah YB Dato’ Haji Rosli bin Isa, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Exco-exco kerajaan Negeri dan Pegawai-pegawai kanan Pejabat Setiausaha Negeri Pulau Pinang. 

#KPDN

#RahmahItuBerkat

#JualanRAHMAHMADANI

#MalaysiaMADANI

Oleh: Unit Komunikasi korporat


PROGRAM MADANI RAKYAT ZON UTARA 2024

program madani rakyat zon utara 2024 original

PULAU PINANG, 3 MEI 2024, JUMAAT - Program MADANI Rakyat Zon Utara yang sedang berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibong telah membuka tirainya dengan pelbagai acara dan perkhidmatan kerajaan ditawarkan kepada pengunjung sekali gus menjadi platform terbaik untuk menyebar luas dasar dan inisiatif yang telah digagaskan oleh Kerajaan Perpaduan.

Program tiga hari bermula 3 sehingga 5 Mei 2024 ini adalah kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui inisiatif payung RAHMAH telah melaksanakan Program Jualan RAHMAH (PJR) dengan penawaran barang keperluan harian yang dijual dengan potongan harga sehingga 30 peratus seperti beras, ayam segar, telur ayam, minyak masak, susu pekat, bihun, sardin, kicap manis , cecair pencuci pinggan dan, sabun pencuci dan banyak lagi barangan keperluan harian yang lain.

Turut berlangsung di reruai KPDN adalah kaunter perkhidmatan bagi Showcase Penguatkuasaan, Advokasi Kepenggunaan, Price Catcher, Advokasi Logo buatan Malaysia dan jualan langsung. Pengunjung juga boleh melawat ReDI HOUSE dimana pengunjung boleh mendapatkan maklumat berhubung pelaksanaan Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI). Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan kepada pengunjung dan pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah edisi terhad (termasuk tambah nilai e-wallet RM20) di Redi HOUSE.

Program yang menyasarkan lebih daripada 100,000 pengunjung ini antara lain membuka peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan yang dibawakan khas khusus buat warga zon utara sekaligus merupakan inisiatif kerajaan bagi memperkukuh hubungan dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera selaras agenda Malaysia MADANI.

#KPDN

#RahmahItuBerkat

#JualanRAHMAHMADANI

#MalaysiaMADANI

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


MENGIKTIRAF PEMBANGUNAN MALAYSIA MADANI MELALUI ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA 2024

mengiktiraf pembangunan malaysia madani melalui anugerah harta intelek negara 2024 original

PETALING JAYA, 26 APRIL 2024, JUMAAT – YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menyampaikan ucaptama perasmian Majlis Sambutan Hari Harta Intelek Negara 2024 (HHIN 2024) seterusnya menyempurnakan penyampaian Anugerah Harta intelek Negara 2024 kepada para pemenang bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam penghasilan harta intelek yang memberi manfaat kepada orang ramai dan negara bertempat di Menara MyIPO PJ Sentral, Petaling Jaya, Selangor.

Anugerah Harta Intelek Negara ini meliputi 5 Kategori dimana Anugerah Platinum di bawah kategori Pembangunan Lestari Harta Intelek merupakan anugerah tertinggi diikuti oleh Anugerah Teknologi Hijau, Anugerah Karya Lestari, Anugerah Milenial dan Anugerah Permata serta pada tahun ini, MyIPO telah mendapat penglibatan seramai 260 penyertaan daripada kategori individu, syarikat swasta dan badan kerajaan.

Bersempena sambutan HHIN2024 kali ini, MyIPO menawarkan pengecualian fi bagi Perkhidmatan Pendapat dan Carian Awal (PCA) bagi cap dagangan untuk tempoh sebulan bermula 24 April hingga 23 Mei 2024 bagi menggalakkan lebih banyak pendaftaran cap dagangan serta untuk memberi peluang kepada lebih ramai usahawan untuk melindungi hak harta intelek mereka.

Turut hadir sama,YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar-Ketua Setiausaha KPDN, YBhg. Datuk Roziah binti Abudin-Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri) YBhg. Datuk Azman bin Adam-Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, YBrs. Tuan Ts. Dr. Mohd Zuhan bin Mohd Zain- Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia, YBrs. Tuan Kamal bin Kormin-Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


FORUM NASlONAL SEMPENA HARI HARTA INTELEK NEGARA (HHIN2024)

forum naslonal sempena hari harta intelek negara hhin2024 original

PETALING JAYA, 25 APRIL 2024, KHAMIS – Hari ini YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah merasmikan Forum Nasional Hari Harta Intelek Negara 2024 bertempat di Menara MyIPO, Petaling Jaya.

Bersempena tema Sambutan Harta Intelek Sedunia iaitu IP and the SDGs: “Building Our Common Future with Innovation and Creativity”, forum ini bertujuan untuk memberi platform kepada pakar industri, akademik dan usahawan berkongsi pengetahuan, pengalaman, dan pandangan mengenai isu-isu semasa dan trend terkini dalam bidang harta intelek.

Pada masa yang sama, YB Timbalan Menteri KPDN turut melakukan sesi walkabout ke Pameran Hari Harta Intelek Negara.

Turut hadir sama, YBrs. Tuan Kamal bin Kormin-Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), YBrs. Tuan Abdul Rashid bin Bahri-Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), YBrs. Ts. Dr. Mohd Zuhan bin Mohd Zain-Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) serta YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli-Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive