Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PRODUK TEMPATAN KUASAI PASARAN ANTARABANGSA

KUALA LUMPUR, 13 MEI 2017 – Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin hari ini merasmikan Pameran dan Persidangan Antarabangsa Franchise International Malaysia (FIM) 2017 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, dekat sini.

Program anjuran bersama Malaysia Franchise Association (MFA) ini merupakan kali ke-24 diadakan dengan disertai 90 booth jenama-jenama francais terkemuka dari 10 buah negara.

FIM diadakan bertujuan menggalakkan usahawan tempatan meningkatkan sistem perniagaan kepada konsep perniagaan francais yang lebih sistematik sekaligus membantu syarikat membina jaringan perniagaan di peringkat antarabangsa.

Turut hadir, Timbalan Menteri KPDNKK, Dato’ Henry Sum Agong, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), Dato’ Basaruddin Sadali, Pengerusi MFA, Datuk Wira Mohd. Latip Sarrugi dan Naib Pengerusi MFA, Izham Hakimi Dato’ Hamdi.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive