Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

SSM PERAK BAKAL MILIKI BANGUNAN BAHARU

IPOH, 25 APRIL 2017 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini mengadakan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Bangunan SSM Perak yang baharu di Basco Avenue, dekat sini.

Bangunan pertama SSM di luar bandaraya Kuala Lumpur itu akan dibina dengan ketinggian 10 tingkat, di atas tanah berkeluasan 17.7 ekar dan dijangka siap pada tahun 2020.

Pembinaan bangunan di Perak ini juga dilihat dapat memberi rangsangan dan galakan kepada para usahawan di Perak menjalankan perniagaan.

Hadir merasmikan majlis tersebut ialah Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir.

Turut hadir Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Henry Sum Agong, Ketua Setiausaha, Dato’ Sri Jamil Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive