Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

56 KAWAH DODOL SEMPENA FIESTA KACAU DODOL PARLIMEN LARUT

BATU KURAU, 18 JUN 2017 – Sebanyak 56 kawah dodol dihasilkan melalui Fiesta Kacau Dodol Parlimen Larut yang diadakan di Astaka Batu Kurau disini yang berakhir awal pagi tadi.

Fiesta yang berbentuk pertandingan membabitkan wakil-wakil kampong dari ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Parlimen Larut bermula jam 9.00 malam dan berakhir jam 3.00 pagi. Kira-kira 2,000 peserta terlibat dalam program yang menyaksikan penghasilan dodol dalam pelbagai perisa.

Selain itu, lapan kawah dodol yang disediakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta kesemua tujuh agensinya turut mewarnai fiesta tersebut. Hujan lebat serta tiga kali gangguan bekalan eletrik tidak menghalang peserta untuk memasak dodol masing-masing sehingga siap.

Kehadiran Menteri KPDNKK, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, beberapa ADUN serta Pengurusan Tertinggi KPDNKK turut menyerikan program itu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Larut dibawa melawat serta beramah mesra dengan kesemua kumpulan yang mengambil bahagian untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas sokongan bagi menjayakan program tersebut.

Setiap kumpulan diarah menyediakan dodol dari lima kilo beras dengan bahan-bahan disediakan sendiri oleh mereka. Mereka diberikan tempoh masa selama empat jam bermula jam 9.00 malam hingga satu pagi untuk menyiapkan masakan masing-masing.

Johan menerima wang tunai RM 2,000 ,manakala tempat kedua membawa pulang RM 1,000.Tempat ketiga dan keempat masing-masing menerima wang tunai bernilai RM 700 dan RM 400.

Pada majlis yang sama, turut diadakan pertandingan memasak lauk untuk bersahur dengan menunya, daging, ikan keli dan ikan pekasam. Peserta bebas memasak mengikut citarasa dan resepi masing-masing. Penghakiman dinilai dari aspek rasa, kreativiti, kebersihan dan bentuk persembahan makanan.

Pada sebelah siangnya, diadakan majlis tazkirah serta tahlil sebelum majlis berbuka bersama Dato’ Seri Hamzah di Dewan Astaka ini.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive