PUTRAJAYA, 13 DISERMBER 2017 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan sebanyak 16 barangan yang dimaksudkan sebagai barangan kawalan sempena Krismas nanti.
Ketika mengumumkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) sempena Krismas di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Aras 10, di sini hari ini, beliau berkata, hanya dua barangan mengalamai sedikit kenaikan berbanding tahun lepas manakala barangan lain melihatkan penurunan harga atau tidak berubah.
SKHMP ini bermula 23 hingga 27 Disember iaitu dua hari sebelum, pada hari perayaan dan dua hari selepas melibatkan 91 daerah di Semenanjung, 32 daerah di Sarawak dan 27 daerah di Sabah dan satu kawasan di Labuan.
Dato’ Seri Hamzah mengulangi amarannya kepada peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan yang dikeluarkan sempena pelaksanaan SKHMP ini bagi mengelakkan dari dikenakan tindakan tegas oleh pihaknya.
KPDNKK akan menempatkan pegawai-pegawai penguatkuasanya di lokasi-lokasi strategik dengan dibantu anggota-anggota Jabatan Sukarelawan (RELA), Penghulu, Penggawa dan ahli-ahli Friends Of KPDNKK (FOK).
Beliau turut mengingatkan pengguna agar bijak berbelanja pada setiap masa dengan memilih barangan mengikut keperluan dan kemampuan. Katanya, pengguna boleh melaporkan kepada mana-mana Pejabat KPDNKK sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang oleh peniaga ketika pelaksanaan SKHMP ini atau pada waktu-waktu lain sebagai usaha melindungi hak dan kepentingan pengguna.
Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK