Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

32 PASUKAN BERENTAP REBUT PIALA DATO’ SERI HAMZAH ZAINUDIN

BATU KURAU, 11 NOVEMBER 2017 – Sebanyak 32 pasukan dari seluruh Parlimen Larut mengambil bahagian dalam Liga Bolasepak Parlimen Larut bagi merebut piala Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

Liga yang dilancarkan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Kamaruddin di sini petang ini terbahagi kepada empat zon.

Dato’ Seri Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut ketika berucap di majlis ini mahukan agar semua pemain bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi dan tidak menimbulkan sebarang masalah di sepanjang musim.

Katanya, beberapa kejadian yang berlaku tahun lalu perlu menjadi pengajaran dan ingatan kepada semua pemain agar tidak terlalu mengejar kemenangan sehingga terlupa untuk mematuhi erti semangat kesukanan yang tinggi dan persahabatan.

Beliau kemudian menyampaikan sumbangan jersi serta yuran pendaftaran kepada semua pasukan yang mengambil bahagian

Pada sebelah petangnya diadakan perlawanan bolasepak persahabatan di antara pilihan Larut menentang bekas-bekas pemain bolasepak Negeri Perak yang berkesudahan pasukan tuan rumah memenangi perlawanan ini dengan keputusan 4-3.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive