Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

MASJID TANAH JADI LOKASI KEMPEN KESELAMATAN PETROLEUM

MASJID TANAH, 4 NOVEMBER 2017 – Lebih 1000 komuniti Masjid Tanah hari ini menghadiri Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum Peringkat Negeri Melaka 2017.

Program sehari itu diadakan di perkarangan Stesen minyak Petron di sini serta dipenuhi pelbagai aktiviti seperti zumba, pertandingan mewarna peringkat sekolah rendah, taklimat keselamatan, pameran dan pertandingan memasak.

Majlis perasmian disempurnakan Ahli Parlimen Masjid Tanah, merangkap Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Wira Hajah Mas Ermiyati Samsudin.

Beliau dalam ucapan pelancarannya menekankan kesedaran keselamatan kebakaran samada di rumah atau stesen minyak perlu menjadi budaya semua. Situasi di semua stesen minyak misalnya memudahkan berlakunya kebakaran sekiranya pengguna mengambil mudah terhadap larangan –larangan yang ditetapkan di semua stesen minyak. .

Program ini turut disertai 300 penunggang motosikal yang mewakili lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah sebagai menyatakan sokongan mereka terhadap kempen yang julung-julung kalinya di adakan di negeri itu..

Hadir sama, Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato Sri Jamil Salleh, Faridah Ali mewakili Petron Malaysia, ADUN Kuala Linggi, Datuk Ar Ismail Othman dan Pengarah Bahagian Perdagangan Dalam Negeri KPDNKK, Datuk Muez Abd. Aziz.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive