SEPANG, 19 MEI 2017 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini memperkenalkan Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan (SKHBR) 2017 bagi mengawal kenaikan harga yang tidak berpatutan dan mencegah amalan mencatut dalam kalangan peniaga semasa menjelang bulan Ramadan ini.
SKHBR yang buat julung-julung kalinya diperkenalkan akan bermula dari 22 hingga 31 Mei 2017 iaitu lima hari sebelum dan lima hari semasa Ramadan.
Menterinya, Dato’ Seri Hamzah Zainudin dalam sidang medianya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini berkata, skim ini dilaksnakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta Akta Kawalan Bekalan 1961.
Sepuluh barangan dipilih bagi pelaksanaan SKHBR 2017. Barangan tersebut adalah kacang tanah, kacang hijau, telur ayam gred A, B dan C, kelapa biji, kelapa parut, gula pasir putih bertapis kasar, gula pasir bertapis halus dan tepung gandum.
Menurut Dato’ Seri Hamzah, kawalan harga ini berdasarkan maklum balas orang ramai mengenai harga makanan yang dijual setiap kali bulan Ramadan. SKHBR ini dijangka dapat mengawal harga makanan siap masak dan kuih muih yang dijual tanpa lagi memberikan alasan harga barangan mentah turut mahal.
Perniaga diingatkan supaya menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan kerajaan serta meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barangan lain.
KPDNKK akan bekerjasama dengan Friends Of KPDNKK, Jabatan Sukarelawan (RELA), Skuad Pengguna, Penghulu, Ketua Kampung serta JKKKsepanjang tempoh ini bagi memastikan tidak ada peniaga yang mengambil kesempatan atau melanggar akta sedia ada.
Hukuman seperti kompaun,denda atau penjara boleh dikenakan ke atas mana-mana pihak yang sengaja mencabar undang-undang negara.
Orang ramai boleh membantu KPDNKK dengan melaporkan setiap kesalahan dengan menggunakan nombor 03-8000 8000 (1Malaysia Call Centre), talian bebas tol 1-800-886-800, email