Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

KPDNHEP CAPAI 5 BINTANG

image

PUTRAJAYA, 1 OKTOBER 2018 – Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPHDHEP), Dato’ Sri Jamil Salleh hari ini mewakili KPDNHEP untuk menerima Anugerah Kecemerlangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS bagi tahun 2017.

Anugerah berupa sijil penghargaan disampaikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Dato’ Borhan Dollah selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bil 1 /2018 yang di adakan di Dewan Sri Siantan (1) Perbadanan Putrajaya di sini.

Seramai 53 Kementerian, Jabatan dan Agensi terpilih menerima anugerah ini yang berjaya mencatatkan pencapaian 95 peratus. KPDNHEP berjaya mencatatkan pencapaian 100 peratus KPI HRMIS bagi tahun 2017.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dato’ Sri Jamil Salleh dan seluruh warga kerja kementerian ini di atas kejayaan yang diraih ini. Semoga ia akan menjadi pembakar semangat untuk terus mengukir kejayaan di masa akan datang.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive