Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

BERSAMA MANTAPKAN SEMANGAT KEMERDEKAAN DAN PERPADUAN

image

SEBERANG JAYA, PULAU PINANG – 1 SEPTEMBER 2018 – Rakyat disaran agar sentiasa memantapkan semangat kemerdekaan dan perpaduan dalam usaha mengisi dan mempertahankan kemerdekaan yang kita miliki ini.

Ketika berucap merasmikan Program Konvoi Kepenggunaan Kemerdekaan Ke-61 yang bermula dari kawasan pangsapuri Ampang Jajar di sini dan berakhir di Bayan Baharu, Pulau Pinang, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan rakyat negara ini sentiasa mempunyai sifat bersyukur dengan nikmat yang dikecapi.

“Dulang kemerdekaaan adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya dan sudah tentu ia perlu dipertahan serta diisi dengan program-program dan aktiviti – aktiviti yang boleh meningkatkan semangat perpaduan dan harmoni,” tambahnya.

Konvoi sejauh hampir 50 kilometer disertai 50 penunggang motosikal berkuasa tinggi akan membuat persinggahan untuk mengedar risalah mengenai hak-hak pengguna di beberapa lokasi yang menjadi perhentian mereka menunju ke penamat.

Dato’ Saifuddin memuji inisiatif yang diambil oleh penganjur program kerana ia memberi peluang kepada banyak pihak untuk sama-sama meluahkan rasa kecintaan dan kesetiaan mereka kepada negara.

Katanya, sempena ulang tahun ke-61 kermerdekan negara, semangat patroitisme ini perlu disemai dan dibajai sejak dari kecil lagi. Program ini perlu diadakan lebih kerap di samping merangka aktiviti-aktiviti yang diboleh disertai semua peringkat umur.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive