ALOR SETAR, 29 NOVEMBER 2019 – Puspanita kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melaksanakan program Tanggungjawab Sosial (CSR) dengan mengadakan program Foodbank di Perumahan Kos Rendah Taman Seri Gemilang, Alor Setar dekat sini, hari ini.
Seramai 100 penduduk dipilih menerima sumbangan yang disampaikan Penaung Puspanita, Datin Seri Norhayati Musa. Program kerjasama Kindness dan Alam Flora itu disambut baik penduduk tempatan yang rata-rata adalah dari kalangan kumpulan B40 yang mendiami perumahan tersebut hampir 30 tahun lalu.
Hadir sama, pengerusi Puspanita KPDNHEP, Datin Rafidah Latif dan berepa ahli Jawatankuasa Induknya. Terdahulu, mereka mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan dewan dan memasak dengan sokongan dan kerjasama penduduk setempat.
Barangan keperluan seperti beras dan lain-lain lagi diedarkan kepada mereka di samping bersama-sama menikmati juadah tengah hari dengan semua penerima serta keluarga masing-masing.
Datin Seri Norhayati serta kepmpinan Puspanita kemudian meluangkan masa hampir satu jam menziarahi salah seorang penduduk di Blok E yang terlantar sakit akibat kemalangan sejak 27 tahun lalu.
Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP