Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

SPPK ZON TENGAH TARIK 80 BOOTH PERNIAGAAN

image

SHAH ALAM, 10 NOVEMBER 2019 – Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (SHPPK) Zon Tengah yang berlangsung pada 9 dan 10 November berjaya menarik seramai 80 penjaja dan peniaga kecil dengan produk masing-masing.

Sambutan yang menggabungkan penjaja dan peniaga dari Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor itu merupakan usaha serta insiatif kerajaan untuk memberi galakan dan meningkatkan budaya keusahawanan dalam kalangan penjaja dan peniaga.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abd Aziz, sambutan ini juga ingin mengangkat martabat golongan ini di samping memberi peluang kepada mereka untuk menerokai input-input baharu melalui aktiviti serta suaian perniagaan dan sesi perkongsian ilmu yang diadakan di sambutan itu. Objektif program ini adalah untuk mempamerkan pencapaian, inovasi dan transformasi penjaja dan peniaga kecil di Malaysia.

Sambutan hari penjaja dan peniaga kecil peringkat zon tengah tahun 2019 ini secara umumnya akan mengetengahkan tiga segmen utama iaitu karnival jualan, pameran dan tarikan pengunjung.

Katanya, segmen karnival jualan telah menghimpunkan lebih 80 buah booth perniagaan dan pameran yang terdiri daripada jualan produk dan perkhidmatan. Karnival ini menggabungkan para pempamer daripada pelbagai kelompok usahawan seperti usahawan industri kecil dan sederhana (IKS), usahawan online, usahawan trak makanan (food truck), koperasi, vendor, dan lain-lain.

Segmen pameran dalam program ini pula akan melibatkan pelbagai pengisian seperti pameran agensi kerajaan dan NGO, klinik pergigian bergerak dan forum kepenggunaan, latihan perniagaan, pelancaran produk serta aktiviti suaian perniagaan (business matching).

Segmen tarikan pengunjung pula dimeriahkan dengan trak makanan (food truck) yang menghimpunkan lebih 20 buah trak makanan dengan pelbagai variasi pilihan di tapak karnival. Selain itu, banyak lagi aktiviti menarik akan turut diadakan sepanjang program ini berlangsung.

Produk dan perkhidmatan ini dikategorikan seperti kelengkapan dan peralatan elektrik, pakaian dan kasut, makanan dan minuman, buku / majalah dan penerbitan, gajet / peralatan IT, kesihatan dan kecantikan dan pakej perkhidmatan produk-produk lain.

Kementerian mengharapkan penerimaan yang baik serta sambutan yang sangat meriah oleh masyarakat pengguna di sekitar Shah Alam khususnya dan di seluruh negara amnya.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive