Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

KKBM BANTU RANCAK PERTUBUHAN EKONOMI DOMESTIK

image

JOHOR BAHRU, 2 NOVEMBER 2019 – Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) sebagai satu inisiatif bagi merancakkan ekonomi domestik dan mengimbangi cabaran serta tekanan globalisasi ekonomi semasa.

Kempen ini menggalakkan pengukuhan perdagangan domestik dengan menyediakan platform kepada pengeluar atau pengedar dalam memasarkan serta memperomosikan produk dan barangan keperluan secara terus kepada pengguna.

Timbalan Perdana menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail berkata, perlu diwujudkan suatu program khusus melalui sektor perdagangan dalam negeri dengan kerjasama pengeluar, peruncit dan peniaga di samping mewujudkan sinergi permuafakatan antara kerajaan dan peniaga, sekali gus merealisasikan sebuah program yang dapat memberikan manfaat serta impak yang begitu besar kepada rakyat.

“Kaedah yang paling berkesan adalah melalaui penganjuran ekspo jualan dan promosi barangan tempatan secara terus kepada pengguna yang terbukti dapat meningaktkan kesedaran tentang kewujudan serta kualiti produk buatan tempatan,” ujarnya ketika merasmikan Karnival Kempen Beli Barangan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2019 di Dataran Angsana dekat sini, hari ini.

Karnival lima hari itu adalah kemuncak daripada beberapa kempen yang pernah diadakan di Sandakan, Pulau Pinang, Kedah dan di sekitar ibu negara tahun ini.

Pengguna disaran agar menyokong kempen ini dengan mengutamakan barangan atau produk tempatan bagi membantu merangsang pertumbuhan ekonomi industri tempatan dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada produk import.

Timbalan Perdana Menteri turut mengingatkan pengguna supaya berbelanja dengan bijak dan membuat perbandingan harga sebelum membeli. Katanya, pengguna perlu mengukur kemampuan dan keperluan sendiri sebelum mengambil keputusan berbelanja.

“Keputusan membeli atau tidak terletak di tangan pengguna dan bukan penjual. Ini menunjukkan bahawa pengguna berkuasa untuk menentukan sama ada barangan itu terjual atau tidak,” ujarnya.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive