Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PELANGGAN PERLU BERI KERJASAMA TANGANI KEBAKARAN DI STESEN-STESEN MINYAK

image

NIBONG TEBAL, 13 JULAI 2019 – Kempen Keselamatan Petroleum yang diadakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di stesen-stesen minyak tidak akan menjadi kenyataan sekiranya pengguna masih bersikap degil atau memandang kempen-kempen yang dilaksanakan itu tidak memberi manfaat kepada mereka.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelanggan-pelanggan perlu melihat bahawa stesen-stesen minyak di seluruh negara adalah kawasan yang paling sensitif dan terdedah kepada bahaya kebakaran. Sedikit kealpaan boleh memberi padah yang besar kepada semua pihak. Ia bukan sahaja boleh mengancam nyawa malah melibatkan harta benda.

“Kerjasama seperti mematikan enjin kenderaan sewaktu mengisi minyak, tidak menggunakan telefon, menghisap rokok serta mematuhi beberapa larangan lain sewaktu berada di semua stesen minyak dapat membantu menghindari berlakunya kebakaran atau kemalangan,” tegasnya.

Selain itu, semua stesen minyak perlu dilengkapi dengan kamera litar tertutup serta disambungkan dengan balai polis, bomba atau hospital bagi memudahkan sebarang tindakan sekiranya berlaku kecemasan.

Berdasar kepada Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, Peraturan 11 (1) mengenakan kompaun sehingga RM5,000.00 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000.00 atau dipenjarakan sehingga dua tahun.

Pengusaha stesen perlu lebih tegas dalam menguatkuasakan semua larangan yang ditetapkan serta memastikan peralatan dan keadaan premis perniagaan mencapai standard keselamatan yang ditetapkan.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abd Aziz, Pengurus Besar Peruncitan , Pembekalan dan Hubungan Awal Boustead Petroleum Marketing Sdn.Bhd. Ir Azizul Azily Ahmad dan pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP

ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive