Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

KPDNHEP CADANG JEJAK PEMIUTANG TEGAR

image

PUTRAJAYA, 22 JULAI 2019 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menjejaki pemiutang tegar bagi mendapatkan semula hutang-hutang yang tidak dilunaskan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya memerlukan kajian untuk mengenal pasti individu berkenaan serta faktor-faktor yang menyebabkan mereka gagal menjelaskan pinjaman mereka.
“Sejak tahun 2013, kita telah mengesan sejumlah RM 160.5 juta hutang yang belum dilunaskan peminjam untuk perniagaan mereka. Kita perlu mencari punca mengapa mereka gagal menjelaskan pinjaman masing-masing. Kita juga ingin mengesan berapa ramai peniaga kecil yang terlibat dan mencari pendekatan yang sesuai untuk mendapatkan semula pinjaman tersebut, “ ujarnya ketika ditemui media selepas mempengerusikan Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil (M3PK) Bilangan 1/2019 Peringkat Kebangsaan di Dewan Serbaguna KPDNHEP di sini, hari ini.

Kira-kira 130 perwakilan termasuk Ahli Exco Negeri, wakil-wakil Persatuan Penjaja Negeri, Ketua-ketua Jabatan dan agensi berkaitan hadir pada mesyuarat ini.

Datuk Seri Saifuddin juga memaklumkan bahawa satu keputusan dicapai untuk menggadakan sambutan Hari Penjaja Dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan bertempat di negeri Kedah pada 18 November nanti. Pemilihan tarikh telah dipersetujui oleh kerajaan sebagai Hari Penjaja dan Peniaga Kecil di negara ini.
Hadir sama, Timbalan Menteri KPDNHEP, Tuan Chong Chien Jen dan Ketua Setiausaha, Datuk Muez Abd Aziz.
Terdahulu, Datuk Seri Saifuddin menyampaikan watikah pelantikan kepada Ahli Majlis M3PK merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri (M3PN).

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP

ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive