JITRA, 12 JULAI 2019 – Stesen-stesen minyak disaran untuk mewujudkan kemudahan perkhidmatan setempat kepada pelanggan-pelanggan mereka tanpa perlu ke tempat-tempat lain.
Perkhidmatan seperti perkhidmatan dobi, gunting rambut, cuci dan perkhidmatan mengilatkan kenderaan, kedai makan atau minum serta perkhidmatan-perkhidmatan yang sesuai di cadangkan agar dapat diwujudkan di stesen-stesen yang berpontensi.
Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, melalui keadah ini pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan secata setempat tanpa perlu pergi ke lokasi-lokasi lain untuk mendapatkan perkhidmatan yang dikehendaki.
Beliau yang merasmikan perkhidmatan AutoSpa, cawangan tealive dan minyak disel Euro5 bertempat di stesen minyak BHP Jitra disini berkata, melalui cara ini pengusaha stesen mampu menjana pendapatan tambahan selain jualan minyak.
Katanya, kaedah mengintegrasikan perkhidmatan bukan sahaja memudahkan pelanggan malah akan menjadi tarikan kepada perkhidmatan yang disediakan di bawah satu bumbung.
Pengusaha stesen tidak lagi bergantung kepada jualan minyak dan kedai serbaneka tetapi boleh memperlbagaikan jenis perkhidmatan dan jualan di stesen-stesen mereka.