Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

TINJAUAN UNTUK DENGAR REAKSI PENGGUNA

image

JOHOR BAHRU, 17 JULAI 2019 – Tinjauan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ke Pasar Basah Pandang dekat sini malam tadi bertujuan untuk melihat sendiri urusniaga di pasar besar ini di samping mahu mendengar reaksi pengguna dan peniaga mengenai harga barangan yang dijual di sini.

Pasar besar Pandan yang turut menjadi tumpuan warga Singapura yang membeli belah di sini menjadi hentian setempat bagi pelbagai jenis barangan keperluan dengan harga yang kompetitif.

Datuk Seri Saiffudin yang ditemui media selepas itu menyatakan bahawa beliau dapat mengetahui tentang rantaian bekalan atau sumber bekalan untuk pasar ini yang datangnya dari pelbagai lokasi di negara ini.
 Beliau juga ingin memastikan peniaga sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan kerana pihak penguatkuasa kementerian ini akan memastikan tiada peniaga yang melakukan kesalahan terutamanya berkaitan tanda harga, alat timbang sukat dan harga yang tidak munasabah.

Katanya, sudah menjadi kewajipan peniaga untuk mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Perintah Kawalan Harga (Penandaan harga oleh penjual 1993) atau dikenakan tindakan.

Sehingga 17 Julai 2019, KPDNHEP Johor secara keseluruhannya telah menghasilkan sebanyak 441 kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dengan nilai rampasan sebanyak RM 21,811.00 dan jumlah kompaun sebanyak RM56,600.00. Ia melibatkan sebanyak 394 kes kesalahan penadaan tanda harga dan tujuh kes kenaikan harga tidak munasabah.

Sebanyak 216 kes melibatkan Akta Timbang dan Sukat 1972 dengan nilai rampasan berjumlah RM 29,880.00 dan nilai kompaun sebanyak RM 25,700.00

Hadir sama dalam tinjauan ini, Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abd Aziz, Pengarah Penguatkuasa , Datuk Iskandar Halim Sulaiman, Pengarah KPDNHEP Johor ,dan beberapa pegawai kanan kementerian.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive