Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

9 PREMIS PERNIAGAAN DIBERI PENARAFAN SEMPENA PROGRAM ZON PERDAGANGAN TERPILIH ( ZPT) BAGI ZON SELATAN 2019

image

JOHOR BAHRU, 17 JULAI 2019 – Sebanyak sembilan premis perniagaan di Zon Selatan hari ini menerima pengiktirafan program Zon Perdagangan Terpilih (ZPT) dalam majlis yang diadakan di Komtar JBCC,Johor Bahru.

Majlis yang disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu turut dihadiri Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abd Aziz, Pengarah Penguatkuasa, Datuk Iskandar Halim Sulaiman, Ahli Exco Kerajaan Negeri Johor dan beberapa pegawai kanan kementerian.

Sembilan premis perniagaan yang mendapat pengiktirafan program Zon Perdagangan Terpilih (ZPT) peringkat zon selatan adalah Komtar JBCC, Johor Bahru, Sutera Mall , Johor Bahru, Wetex Parade Shopping Centre,Muar,Johor, Plaza Kota Tinggi ,Kota Tinggi,Johor dan Square One Mall,Batu Pahat yang mewakili negeri Johor, Pasaraya Palm Mall, Seremban,Negeri Sembilan, MYDIN, Seremban 2, AEON MALL, Seremban 2 mewakili Negeri Sembilan. Negeri Melaka pula diwakili pemenang tunggal iaitu Freeport A’Famosa Outlet, Melaka

Pengiktirafan yang diberikan ini menunjukan bahawa premis perniagaan ini menjalankan perniagaan secara beretika melalui kaedah kawalan kendiri selaras dengan peraturan dan perundangan yang dikuatkuasakan KPDNHEP serta dapat menjadi contoh kepada premis perniagaan yang lain.

Langkah ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan syurga membeli belah dalam melonjakkan ekonomi negara serta penyertaan pelaburan asing di negara ini.

Program penarafan ini dilaksanakan di lima buah zon yang meliputi Zon Utara, Tengah, Selatan, Timur dan Borneo dengan penglibatan negeri di bawah Program Zon Perdagangan Terpilih. Ia adalah sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan kepada setiap kompleks / zon / perniagaan yang telah berjaya mencapai tahap pematuhan Key Perfomance Indicator (KPI) di bawah Program Penguatkuasaan Bestari ( Smart Enforcement) bagi tahun 2018.

Selain menerima sijil penghargaan dan plak penarafan, zon perniagaan ini akan menerima ganjaran lain berupa promosi ZPT sebagai destinasi membeli belah, menyenaraikan ZPT di dalam direktori pelancongan, program-program outreach di ZPT, memperbanyakkan premis perniagaan Kedai Harga Patut di ZPT, menghebahkan ZPT dikalangan Rakan KPDNHEP (Friends Of KPDNHEP) dan disenaraikan di laman sesawang kementerian.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive