Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

LAKUKAN KERJA DENGAN PENUH INTEGRITI

image

KOTA KINABALU, 9 JULAI 2019 – Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abd Aziz mengingatkan semua syarikat ‘transporter’ agar melaksanakan tugas dengan penuh integriti serta bertanggungjawab.

Kementerian telah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada semua transporter yang dilantik ini untuk membantu melaksanakan tugasan yang diberikan mengikut kawasan dan kuota barangan.

Katanya, kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar bagi membantu rakyat di kawasan-kawasan pedalaman di negeri itu menikmati harga yang sama dibayar oleh penduduk di Semenanjung.

KPDNHEP melalui Program Penyeragaman Harga Barangan Pengguna (PPHBP) telah memperuntukan jumlah yang besar untuk memastikan beberapa barangan keperluan dijual dengan harga yang sama sebagaimana di Semenanjung Malaysia. Barangan utama seperti petrol RON 95, diesel, gas memasak LPG serta barangan lain seperti gula, tepung, minyak masak sekilo serta beberapa barangan lain dijual dengan harga yang sama. Kos pengangkutan diberikan subsidi oleh kerajaan bagi memastikan rakyat mendapat faedahnya dalam mengimbangi kos sara hidup.

Katanya, tugas yang dilakukan ini adalah satu pekerjaan yang murni dan ia membantu rakyat khususnya di kawasan luar bandar atau pedalaman. Penghantaran mestilah dibuat mengikut jadual dan jumlah kuota ditetapkan agar pengguna tidak terjejas dengan ketidakpatuhan jadual itu.

Berucap pada majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian Program Penyeragaman Harga Negeri Sabah 2019 yang berlangsung di Auditorium Sabah, Kompleks Kerajaan Persekutuan Negeri disini, Datuk Muez turut menyarankan supaya syarikat-syarikat ‘ transporter ’ merujuk kepada pihak KPDNHEP di daerah masing-masing sekiranya menghadapi sebarang masalah berkaitan penghantaran atau membuat tuntutan bulanan.
“Kita tidak mahu masalah-masalah ini menjejaskan proses penghantaran sehingga pengguna menjadi mangsanya. Rujuk kepada pihak kami sekiranya timbul isu atau masalah,” ujarnya.

Majlis ini dimulakan dengan lafaz ikrar Bebas Rasuah oleh kesemua wakil syarikat transporter yang hadir. Hadir sama, Pengarah Integriti KPDNHEP, wakil-walkil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah, Lembaga Hasil Dalam Negeri serta pegawai-pegawai KPDNHEP negeri ini.

Datuk Muez kemudian dibawa melawat ke dua Point Of Sales (POS) yang terdapat di Kampung Tompinahaton dan POS Kampung Longkou Lama yang terletak di daerah Tamparuli dan Kiulu, Tuaran.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive