Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

LEBIH 5,000 MERIAHKAN SAMBUTAN AIDILFITRI KPDNHEP

image

KULIM, 29 JUN 2019 – Lebih 5,000 tetamu mengunjungi sambutan Hari Raya Aidil Fitri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta majlis Ramah Mesra Menteri dan Persatuan-persatuan Pengguna Zon Utara hari ini.

Majlis yang diadakan di Dewan Putra, Majlis Perbandaran Kulim itu turut dihadiri Timbalan Menteri KPDNHEP, Tuan Chong Chien Jen, Ketua Setiausaha , Datuk Muez Abd Aziz, Ketua-ketua Agensi dan Jabatan di dalam KPDNHEP serta pemimpin-pemimpin pentadbiran dan politik tempatan.

Pada majlis itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berharap agar majlis tersebut menjadi medan untuk meningkatkan silaturahim, kerjasama di samping bertanya khabar di antara satu sama lain.

Kira-kira 120 asnaf menerima sumbangan zakat yang disediakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Perbadanan harta Intelek (MyIPO). Sementara itu, kira-kira 150 kanak-kanak menerima sumbangan duit raya yang disampaikan Datuk Seri Saifuddin serta isteri, Norhayati Musa.

Pelbagai jenis makanan dan minuman sediakan sebelum majlis berakhir jam 4.00 petang. SSM dan MyIPO turut membawa bersama kaunter bergerak bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat. Kumpulan Selagi Ada Rindu (SAR) dari Sungai Petani turut menghiburkan tetamu dengan rangkaian lagu-lagu hari raya baharu dan lama.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive