Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA MENTERI SABAH

image

KOTA KINABALU, 27 JUN 2019 – Kunjungan hormat Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Shafie Haji Afdal di pejabatnya di Kompleks PPNS di sini memberikan impak positif dalam usaha meningkatkan kerjasama dua hala di antara KPDNHEP dan Kerajaan Negeri Sabah.

Pertemuan yang disertai bersama Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abd Aziz dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Sabah, Tuan Ravichandran berlangsung kira-kira sejam.

Di antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan isu penyeludupan barangan keperluan asas bersubsidi kerajaan yang memberi kesan negatif kepada penduduk negeri ini.

Selain itu, aktiviti pemantauan yang dilaksanakan pegawai-pegawai penguatkuasa KPDNHEP di seluruh negeri itu bagi memastikan kestabilan harga dan tidak berlakunya aktiviti-aktiviti yang merugikan rakyat selaku pengguna.

KPDNHEP juga telah memperuntukkan sebanyak RM 44 juta untuk melaksakanakan program “community drowning” yang bermula sejak April lalu. Kerajaan menyerap kos pengangkutan bagi membolehkan penduduk di Sabah khususnya di kawasan pedalaman menikmati harga tujuh barangan seperti minyak masak, gula , diesel dan petrol serta gas petroleum cecair (LPG) sama seperti di Semenanjung.

Sebanyak 66 zon dan lebih 700 “point of sales” (POS) terbabit dalam program tersebut di Sabah.
 Usaha ini adalah antara komitmen Kerajaan Persekutuan melalui kementerian untuk memastikan harga bagi bekalan barangan perlu sama seperti di Semenanjung.

Komitmen yang diberikan Ketua Menteri dilihat sebagai satu yang positif dalam usaha kerajaan untuk mengimbangi dan berlaku adil kepada perniaga dan pengguna. Ini adalah kunjungan kedua yang dilakukan Datuk Seri Saifuddin setelah berbuat demikian kira-kira setahun lepas sewaktu dilantik sebagai salah seorang Menteri Kabinet.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive