Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

269 TERIMA SUMBANGAN ZAKAT DAN BARANGAN

image

KULIM, 1 JUN 2019 – Seramai 269 terdiri daripada golongan asnaf dari kalangan penjawat awam serta pelajar-pelajat tahfiz di daerah Kulim dipilih untuk menerima sumbangan berbentuk zakat dan barangan dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Perbandaran Kulim, di sini hari ini.

Majlis sumbangan kepada 165 penjawat awam dan 104 pelajar tahfiz dan anak yatim menerima zakat sumbangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),Syarikat Jakel dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia ( MyCC) serta barangan keperluan harian.

Sumbangan disampaikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Hadir sama, Ketua Setiausaha KPDNHEP dan juga Pengerusi SSM, Datuk Muez Abd Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail dan wakil Majlis Perbandaran Kulim.

Dalam ucapannya, Datuk Seri Saifuddin berkata, dasar kerajaan membantu rakyat negara-negara Islam seperti Syria, Palestin dan pelarian Rohingya serta beberapa negara lain, tidak perlu dilihat dari sudut yang negatif tetapi ia juga sebahagian dari tanggungjawab sebagai negara Islam. Bantuan kemanusiaan dan peluang mendalami ilmu di negara ini boleh membantu mereka ini untuk membangunkan semula negara mereka.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive