Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

33 TERIMA LESEN JUALAN LANGSUNG

image

PUTRAJAYA, 28 MEI 2019 – Seramai 23 pengusaha hari ini menerima lesen Jualan Langsung yang disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abd Aziz dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya di kementerian ini.

Kesemua penerima masing-masing seramai 23 untuk pembaharuan manakala 10 lagi adalah lesen jualan langsung yang baharu menjalankan pelbagai perniagaan seperti makanan, rawatan kecantikan, telekomunikasi serta beberapa bentuk perniagaan lagi.
 Dalan ucapannya, Datuk Muez mengajak semua penerima lesen agar bersama-sama menjaga nama baik kementerian ini dengan mematuhi syarat dan peraturan yang dikenakan mengikut syarat lesen.

Katanya, pihaknya melalui pegawai-pegawai penguatkuasa akan bertindak tegas ke atas mana-mana pengusaha yang sengaja melanggar syarat yang ditetapkan. Katanya, sebarang perubahan melibatkan pelan jualan, nama syarikat atau apa sahaja yang hendak diubah atau ditukar, mesti mendapat jawapan dari pihak kementerian.

Katanya, KPDNHEP pernah mengambil tindakan tegas dengan mengenakan denda yang tinggi ke atas pengusaha yang menyalahgunakan lesen. Kementerian katanya, sedia bertolak ansur dengan penerima tetapi pengusaha mesti mematuhi apa juga syarat – syarat yang ditetapkan.

Aktiviti Jualan Langsung menjamin pulangan yang besar dengan mencatatkan kejayaan dan sokongan ramai dengan menyumbang kepada pertumbuhan Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK).

Hadir sama, Pengarah Bahagian Perdagangan Dalam Negeri, KPDNHEP, Jafri Embok Taha dan wakil Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive