Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

KPDNHEP SELANGOR LANCARKAN DUA AKTIVITI DI STESEN PETRONAS BATANGKALI 2

image

HULU SELANGOR, 4 MEI 2019 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini melaksanakan dua program serentak iaitu Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum dan Pelancaran Program Foodbank Petronas.

Bermula dengan Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum, kempen tersebut mendapat sambutan baik dari orang ramai yang hadir di Stesen Petronas Batangkali 2 apabila dua gimik dipertontonkan kepada umum iaitu rompakan bersenjata oleh Polis DiRaja Malaysia dan gimik menyelamat mangsa kemalangan oleh Pasukan Bomba Dan Penyelamat Daerah Hulu Selangor.

Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum yang dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), KPDNHEP Datuk Badrul Hisham Mohd itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya keselamatan semasa berada di stesen minyak, kerana jika melakukan kesilapan yang kecil juga boleh membawa kepada sesuatu yang buruk dan memberikan kesan kepada mangsa dan juga stesen minyak terpaksa menanggung kerugian akibat daripada kecuaian pengguna. Hadir sama Pengarah Urusan Kanan Petronas Dagangan Berhad Khalil Jaffri Muhammad Muri.

Selain itu, kempen ini penting untuk mengingatkan kepada orang ramai yang hadir pentingnya keselamatan semasa di stesen minyak terutama sekali apabila hendak mengisi minyak dengan mematikan enjin kereta terlebih dahulu dan tidak menggunakan telefon bimbit.

Di samping itu, Program Foodbank juga dilancarkan di stesen-stesen Petronas terpilih melalui sumbangan pembeli dengan meletakkan barang yang ingin disumbangkan ke dalam kotak Foodbank. Barang- barangan sumbangan ini akan diserahkan kepada institut kebajikan yang telah dikenal pasti.

Program KPDNHEP ini mendapat sambutan baik daripada beberapa agensi yang turut hadir antaranya Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Hulu Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Hulu Selangor.

Terdapat seramai 50 peniaga Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) dari Negeri Selangor termasuk usahawan kecil dari kalangan artis tanahair terlibat dalam Program Mesra Pengguna KPDNHEP, dengan menjual pelbagai produk makanan dan minuman tempatan dengan harga yang berpatutan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive