PUTRAJAYA, 21 PUTRAJAYA 2020 – Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad menyaran agar warga kerja KPDNHEP menyertai Koperasi Warga KPDNHEP Berhad supaya pulangannya dapat dinikmati bersama.
“Ibarat melabur ala gotong-royong, keuntungan yang dinikmati koperasi hasil pelaburan dan perniagaan boleh dinikmati bersama.Katanya, jumlah keanggotaannya masih kecil, namun ada inisiatif disediakan untuk kepentingan ahli.
Beliau menyeru supaya semua warga KPDNHEP mengambil langkah positif sebagai sokongan dan kerjasama atas prinsip semangat berkumpulan.
“Saya tertarik dengan perancangan program tahun depan dan seimbang dengan jumlah tabungan koperasi. Jangan ditanya apa yang koperasi dapat sumbangkan kepdta kita, tetapi tanyalah diri sendiri yang seharusnya berbakti kepada koperasi. Kita doakan semoga tahun ini, koperasi dapat membayar dividen yang munasabah. Biro keahlian diminta bekerja kuat sebagai promosi dan dapat menarik minat warga kementerian ini menyertai koperasi ini,” ujarnya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-7, Koperasi Warga KPDNHEP 2020 di Dewan Serbaguna KPDNHEP di sini, hari ini.
Pengerusi Koop, Haji Ismailnur Hadi Bakeron pula berkata, koperasi berhasrat untuk membuka perniagaan stesyen minyak di sebuah lokasi di Putrajaya dan dapat membayar dividen untuk beberapa tahun sebelum ini bagi mengikat keahlian yang rata-rata kian pudar untuk prestasi koperasi sebelum ini.
Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP