Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PENGISYTIHARAN KIT UJIAN PANTAS ANTIGEN COVID-19 (UJIAN SENDIRI) SEBAGAI BARANG KAWALAN

PUTRAJAYA, 1 Disember 2021  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil maklum akan keperluan Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 oleh Keluarga Malaysia sebagai salah satu langkah awal pencegahan penularan pandemik COVID-19 ketika ini.

Kerajaan mengambil langkah proaktif dengan mewartakan Kit Ujian Pantas Antigen COVID19 (Ujian Sendiri) ini sebagai barang kawalan di bawah Perintah Kawalan Bekalan (Barang-Barang Kawalan) (No.6) 2021 pada 24 November 2021 yang lalu dan akan dikuatkuasakan pada 1 Disember 2021.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Tuan Azman bin Adam, memaklumkan bahawa buat mas kini, bekalan Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 (Ujian Sendiri) mencukupi di pasaran dan sehigga kini tiada aduan mengenai kekurangan bekalan dilaporkan. Bekalan Kit ini juga bukan sahaja boleh didapati di farmasi dan fasiliti kesihatan, malah boleh didapati di premis yang berdaftar seperti di pasaraya besar, pasaraya, kedai-kedai serbaneka dan stesen minyak.

KPDNHEP ingin memberikan amaran kepada peniaga agar terus mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan Kit Ujian Pantas Antigen COVID19 (Ujian Sendiri) ini bagi mengelakkan tindakan tegas diambil oleh pihak Kementerian. Peniaga yang melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawh peruntukan Seksyen 22(1) Akata Kawalan bekalan (AKB) 1961.

Beliau juga mengingatkan pengguna yang mempunyai sebarang maklumat mengenai salah laku yang berkaitan boleh melaporkan kepada pihak KPDNHEP melalui slauran rasmi KPDNHEP.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive