Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

SYARIKAT MENJUAL SARUNG TANGAN TIRUAN DIDENDA SERATUS RIBU RINGGIT

PUTRAJAYA, 27 November 2021  Sebuah syarikat yang menggunakan kotak sarung tangan getah tiruan telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 25 November 2021. Syarikat tersebut didapati terlibat dengan penjualan sarung tangan menggunakan suatu cap dagangan berdaftar jenama Glove on Paloma yang dipakaikan secara salah.

Tuan Azman bin Adam, Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP berkata berdasarkan pertuduhan, syarikat tersebut dituduh mempunyai dalam kawalan bagi maksud perdagangan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 102(1)(i) Akta yang sama, didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar itu, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit bagi barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagang berdaftar. Di akhir penghakiman, Yang Arif Puan Emelia Kasmawati telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu (RM100,000.00) terhadap syarikat tersebut.

Hasil serbuan yang telah dijalankan menemukan sebanyak 840 kotak berisi sarung getah tangan tiruan dan 8,280 unit kotak kosong. Tindakan kes ini diambil berdasarkan aduan dari pemilik cap dagang sarung tangan terbabit. nModus Operandi (MO) peniaga barang tiruan ini adalah dipercayai dengan membeli sarung tangan getah terpakai kemudian diproses dan dibungkus semula sebelum dipasarkan.

Tegasnya lagi, pihak KPDNHEP ingin memberikan peringatan kepada semua peniaga agar lebih bertanggungjawab dan menghormati pemilik harta intelek yang telah berdaftar dan memberikan amaran kepada mana-mana individu mahupun syarikat supaya tidak melanggar undang-undang, terutamanya membabitkan penjualan dan pengedaran barangan tiruan ini

Pengguna diingatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak menyokong aktiviti penjualan barang tiruan ini. Pengguna yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan penjualan barang tiruan ini boleh mengemukakan aduan di saluran rasmi KPDNHEP.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive