Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PELANCARAN PROGRAM INISIATIF PENDIGITALAN SEKTOR PERUNCITAN (ReDI - RETAIL DIGITALISATION INISIATIVE) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

KUALA BERANG, 30 Oktober 2021- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melancarkan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Inisiative) atau dikenali sebagai ReDI. Majlis telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hala Ehwal Pengguna, Dato’Rosol bin Wahid di Pasar Besar Kuala Berang, Terengganu.

ReDI di peringkat Terengganu ini ini merupakan salah satu usaha KPDNHEP bersama Kerajaan Negeri, Bank Negara Malaysia (BNM) dan rakan strategik daripada penyedia-penyedia e-wallet  dalam menggalakkan pemain industri sektor peruncitan untuk mengkuti perkembagan digital.

Menurut YB Dato’Rosol, tumpuan Kementerian ketika ini adalah keperluan peniaga di peringkat mikro dan kecil supaya dapat menerima serta menggunakan e-wallet terutamanya di kawasan luar bandar. Sejak awal lagi Kementerian berpandangan bahawa peniaga-peniaga Keluarga Malaysia perlu dibantu dalam dunia digitalisasi perniagaan sekurang-kurangnya melalui penggunaan e-wallet dan e-dagang.

Langkah KPDNHEP memperkenalkan ReDI adalah bagi memastikan peniaga di bawah kategori ini tidak terus ketinggalan di dalam arus perdana model baharu perniagaan secara digital. Selain itu, pihak ShopeePay juga berbesar hati untuk menyumbangkan sebanyak 20 Pushcart kepada peniaga yang dikenalpasti bersesuaian di Negeri Terengganu ini. Kerjasama ShopeePay bersama Kementerian pada hari ini adalah merupakan satu inisiatif yang mulia dimana ianya memberikan peluang kepada peniaga kecil-kecilan yang untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka dengan infrastruktur digital serta penjenamaan yang lebih ketara.

Tambahnya lagi,  Kementerian menerusi Sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) akan melaksanakan satu program rintis sumbangan kepada pengguna bagi kumpulan sasar terpilih secara tanpa tunai di Hulu Terengganu ini. Ini akan melibatkan sumbangan kepada lebih 200 ketua isi rumah dengan suntikan kewangan sebanyak RM50 selama 3 bulan dan hanya boleh ditebus menggunakan aplikasi ewallet.

Akhir sekali, untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive