Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

SYARIKAT PENGELUAR ARAK JENAMA TIMAH SETUJU PERTIMBANG TUKAR NAMA DAN IMEJ PADA LABEL PRODUK MEREKA

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2021 – Susulan penularan isu jenama TIMAH pada sebuah produk arak keluaran tempatan di media sosial pada awal Oktober lalu, Kerajaan mengambil maklum dan telah mengadakan satu mesyuarat. Perbincangan tersebut melibatkan syarikat pengeluar arak jenama ‘TIMAH’ iaitu Winepark Corporation (M) Sdn.Bhd bersama pihak Kerajaan.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri KPDNHEP, memaklumkan bahawa  melalui perbincangan tersebut pihak syarikat telah memohon tempoh selama satu minggu untuk berbincang bersama pemegang saham mereka  bagi menukar nama dan imej pada label produk mereka.  Pertemuan yang telah diadakan secara hybrid ini adalah bagi menghayati kosep Keluarga Malaysia untuk mencapai kesepakatan demi kebaikan negara. Pertemuan ini juga merupakan sususlaan pertemuan pertama syarikat Winepark (M) Sdn Bhd bersama MyIPO pada 25 Oktober 2021 lalu.

Tambahnya lagi, KPDNHEP melalui agensi di bawahnya, MyIPO akan menambah baik prosedur yang melibatkan kementerian dan agensi-agensi berkaitan supaya isu seumpama ini tidak akan berulang kembali.

Mesyuarat tersebut turut disertai oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.  Hadir sama adalah Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam Hj Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA), Encik Abdul Wahid Abu Salim dan Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Encik Abdul Haris Lakar.  

Disamping itu, wakil daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga turut hadir.

Akhir sekali, beliau berharap supaya semua pihak mencapai kata sepakat dan memahami serta memberi peluang kepada pihak Kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive