PETALING JAYA, 13 Oktober 2021 - YB Dato Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal hari ini telah merasmikan pembukaan cawangan kelima emart24 di Bandar Sunway, Petaling Jaya. Kementerian sentiasa memastikan sektor peruncitan di negara ini terus berkembang pesat dan dapat memberi pilihan yang lebih baik kepada pengguna.
Menurut YB Dato Rosol, KPDNHEP turut menyedari perkembangan industri peruncitan khususnya rangkaian kedai serbaneka yang sedang berkembang dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pengguna khusunya golongan muda di Malaysia.
Oleh itu, KPDNHEP menyokong pelaburan yang dibuat oleh EMART24 Holdings Sdn. Bhd. sebagai syarikat tempatan untuk membawa masuk jenama kedai serbaneka yang popular dari Korea Selatan ke Malaysia. Langkah EMART24 Holdings Sdn. Bhd. untuk melabur dalam sektor peruncitan khususnya segmen kedai serbaneka menunjukkan keyakinan pelabur ketas sektor peruncitan di malaysia kekal tinggi disebalik suasana pandemik yang mencabar pada masa ini.
Tambahnya lagi, sebagai kementerian yang mengawal selia sektor peruncitan menyambut baik perkembangan kedai serbaneka emart24 ini sebagai satu pilihan baru yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang berpatutan dipremis kedai serbaneka yang selesa dan moden.
Sehubungan dengan itu, KPDNHEP berharap agar pembukaan kedai serbaneka emart24 dengan konsep yang baru ini akan diterima baik oleh rakyat Malaysia. KPDNHEP juga berkeyakinan persaingan yang sihat di dalam pasaran akan membawa kesan yang baik kepada lanskap perniagaan dan kepentingan pengguna.