Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

KPDNHEP DAN PAKEJ PERLINDUNGAN RAKYAT DAN PEMULIHAN EKONOMI

 kpdnhep dan pakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Jun 2021 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyambut baik pembentangan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Jun 2021.

Pakej bantuan kali ini menfokuskan kepada tiga perkara iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vasksinansi.

Menurut Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri KPDNHEP, kementerian akan meneruskan dasar kawalan dan harga barang keperluan serta meningkatkan penguatkuasaan sedia ada.

Berikutan isu kenaikkan harga minyak masak botol, KPDNHEP menghargai kesudian kerajaan untuk menerima cadangan mekanisme pengurusan harga minyak masak tidak bersubsidi.

“Kementerian bersama beberapa kementerian yang lain akan bekerjasama melaksanakan Harga Kawalan berasaskan nilai ambang Crude Palm Oil (CPO) serta memastikan harga minyak masak 5 kilogram tidak melebihi RM30.00 sebotol” katanya.

Selain itu, kementerian turut menyokong Program Pemerkasaan Pendigitilan Usahawan Kecil atau PUPUK bagi meningkatkan agenda digitalasi negara.

“Seperti sedia maklum, KPDNHEP telah lama menggerakkan program digitalis  ini dalam sektor perdagangan dan pengedaran melalui pelbagai aplikasi seperti ez-Aduan, Price Catcher, My Sales Tracker, MyHarga, dan banyak lagi” ujarnya.

Program imunisasi khusus untuk barisan hadapan ekonomi juga telah digerakkan oleh kementerian supaya pembukaan sektor ekonomi dapat dibuka lebih banyak.

Menurutnya, Pakej PEMULIH ini dilihat seimbang dan bertepatan dengan situasi semasa Pandemik COVID 19 ini demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive