Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

AKTIVITI SEKTOR PERDAGANGAN PENGEDARAN DI KAWASAN-KAWASAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP 3.0) DIBENARKAN BEROPERASI

AKTIVITI SEKTOR PERDAGANGAN PENGEDARAN DI KAWASAN

PUTRAJAYA, 7 MEI 2021 – Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan-kawasan tertentu bermula 6 Mei 2021 dan 7 Mei 2021 di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Terengganu, Kelantan dan Perak.

Pelaksanaan PKP 3.0 adalah merupakan salah satu usaha kerajaan bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 dan pada masa yang sama memastikan pertumbuhan ekonomi dalam negara dapat terus berkembang.

Dalam kenyataan medianya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, susulan pengumuman tersebut, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ingin memaklumkan aktiviti sektor perdagangan pengedaran seperti peruncitan, pemborongan dan pengedaran boleh beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh PKP 3.0 mengikut waktu operasi yang ditetapkan dibawah Prosedur Pengoperasian Standard (SOP) Am yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Senarai aktiviti sektor perdagangan pengedaran yang berkaitan beroperasi boleh didapati melalui pautan https://www.kpdnhep.gov.my/ms/pengumuman/957-senarai-aktiviti-sektor-perdagangan-pengedaran-yang-dibenarkan-beroperasi-di-bawah-perintah-kawalan-pergerakan-pkp.html

Pada masa yang sama, KPDNHEP sangat mengambil berat tentang pematuhan SOP Sektor Perdagangan Pengedaran dalam tempoh PKP yang sedia ada. SOP Sektor Perdagangan Pengedaran dalm tempoh PKP boleh didapati dilaman sesawang Majlis Keselamatn Negara (MKN) di https://www.mkn.gov.my.

Justeru, KPDNHEP menyeru kepada semua pihak agar terutamanya pemain industri dalam sektor perdagngan pengedaran dan pengguna untuk sentiasa memastikan pematuhan SOP PKP dipatuhi sepenuhnya. Kegagalan untuk memastikan SOP PKP dipatuhi boleh diambil tindakan seperti amaran, kompaun serta penutupan premis perniagaan.

Sekiranya, pematuhan ini masih gagal mencapai tahap yang memuaskan, Kementerian turut akan mengambil tindakan drastik termasuklah mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menutup terus operasi industri tersebut sewaktu pelaksanaan tempoh PKP.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive