Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

MINYAK MASAK BERSUBSIDI RINGANKAN BEBAN RAKYAT

kpdnhepperiksapematuhan

KUALA LUMPUR 23 JANUARI 2021 - Kerajaan terus konsisten membantu rakyat mendapatkan bekalan minyak masak pada harga yang stabil. Antara usaha atau inisiatif yang telah dibuat ialah menyediakan bekalan minyak masak bersubsidi pada harga RM2.50 bagi setiap kilogram.

Minyak masak bersubsidi ini dijual di pasaran dalam bentuk pek polibeg plastik dan boleh didapati di kedai runcit dan pasaraya utama di Malaysia. Peruntukan jumlah bantuan yang besar sebanyak 60,000 tan metrik setiap bulan bagi kegunaan rakyat Malaysia. Peruntukan ini mengambil kira keperluan dan penggunaan minyak masak rakyat Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP), Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, Kerajaan juga ingin memaklumkan bahawa selain itu, terdapat minyak masak yang tidak bersubsidi yang dijual dipasaran negara. Diantaranya adalah :-

Minyak masak di pasaran juga turut dijual dalam bentuk botol berat 2kg hingga 5kg. Harga minyak masak botol ditentukan oleh pasaran (tidak bersubsidi) berdasarkan penawaran dan permintaan.

Ujarnya, minyak masak botol biasanya diperkaya dengan khasiat dan harganya berbeza mengikut jenama-jenama yang ditawarkan.

“Kementerian memberi fokus kepada pemantauan terhadap penjualan minyak masak botol ini bagi mengelakkan peruncit menaikkan harga dengan tujuan kaut untung berlebihan,” tegasnya.

Dato Sri Alexander juga berkata, mulai bulan Jun hingga kini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan trend harga minyak sawit mentah di pasaran dunia telah meningkat setiap bulan. Kenaikan harga pengeluaran ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti peningkatan permintaan antarabangsa terhadap minyak sawit mentah dan yang telah diproses, kenaikan harga minyak masak lain di pasaran antarabangsa telah menyebabkan minyak sawit menjadi pilihan berbanding minyak soya dan rape seed dan faktor perubahan iklim yang menyebabkan pengeluaran minyak sawit terjejas.

“Harga minyak masak tidak bersubsidi bergantung kepada Crude Palm Oil (CPO) dan harga CPO ini pula ditentukan berdasarkan permintaan dan bekalan. Sebab itu, banyak rungutan yang kita terima berkenaan minyak masak yang tidak bersubsidi itu yang mengalami kenaikan adalah kerana kenaikan harga CPO.

Terdapat kenaikan harga dari segi permintaan sejak Ogos 2020 sehingga harga itu memuncak melebihi RM3000.00 per tan matrik pada bulan Disember 2020. Ini memberikan tekanan kepada harga dalam pasaran tempatan kecuali harga minyak masak yang disubsidi oleh kerajaan yang tetap dijual pada harga RM2.50, tegasnya mengulas mengenai kenaikan harga barang keperluan dan minya masak sejak akhr-akhir lalu.

“KPDNHEP yakin peniaga-peniaga kita kebanyakkannya adalah peniaga beretika. Apa yang mereka jual berdasarkan harga daripada bekalan yang mereka terima dari pengilang. Harga yang menjadi rungutan pengguna sekarang ini apabila melihat setengah jenama minyak masak dijual pada kadar RM30 adalah kerana harga CPO (Crude Palm Oil) yang telah meningkat,” tambahnya.

Beliau juga memberi amaran keras kerana mendapati pihak peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga minyak masak, pengeluaran notis pengesahan maklumat harga atau caj bagi perkhidmatan dan notis bertulis di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 akan dikeluarkan kepada peniaga dan siasatan.

Akta ini juga akan diteruskan di bawah perundangan pencatutan sekiranya mendapati hasil analisis daripada notis yang dikemukakan berlakunya kenaikan harga barangan. Sekiranya mencatut, maka peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14(1), AKHAP 2011.

 

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive