Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

KPDNHEP PERIKSA PEMATUHAN SOP PKP SERTA MEMANTAU SITUASI BEKALAN DAN HARGA DI PASARAN SEPANJANG PKP

kpdnhepperiksapematuhan

PUTRAJAYA, 17 JANUARI 2021 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini menjelaskan bahawa kerajaan  mengekalkan pemberian subsidi bagi minyak masak dalam polibeg 1kilogram adalah untuk memastikan rakyat masih boleh mendapatkan bekalan minyak masak untuk kegunaan isi rumah dengan harga mampu milik iaitu RM2.50 sekilogram.

Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi menerusi kenyataan medianya hari ini menyatakan bahawa pada masa ini, sebanyak 60,000 tan minyak masak bersubsidi disediakan setiap sebulan dan diedarkan di seluruh negara termasuk di kawasan luar bandar. Jumlah pengeluaran ini adalah mencukupi bagi kegunaan rakyat Malaysia.

  Minyak masak merupakan barang kawalan yang diberikan subsidi oleh Kerajaan sejak tahun 2007 bagi semua bentuk pembungkusannya. Walau bagaimanapun, bermula pada November 2016, Kerajaan melalui KPDNHEP telah mengadakan Program Skim Rasionalisasi Harga Minyak Masak (COSS) dengan hanya memberikan subsidi kepada minyak masak dalam bungkusan polibeg 1kilogram sahaja.

“Untuk makluman, KPDNHEP komited memastikan keberadaan bekalan minyak masak bersubsidi di pasaran menerusi pemantauan ke atas pengilang dan syarikat pembungkus minyak masak, mengaudit di setiap rantai bekalan minyak masak serta menjalankan pemeriksaan harian di peruncit, pemborong dan pasaraya,” ujarnya sambal merujuk kepada isu minyak masak dalam botol yang dilaporkan naik mendadak di pasaran tempatan.

KPDNHEP terus komited untuk memperkasakan operasi pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada kali ini terus dipatuhi. KPDNHEP yang diberi tanggungjawab menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [Akta 324] sejak 13 Mei 2020, akan melaksanakan tindakan melalui dua kaedah iaitu Pemeriksaan Khas (harian) dan Operasi Bersepadu bersama agensi yang terlibat di dalam Task Force Operasi Pematuhan PKP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) peringkat Negeri dan Daerah.

KPDNHEP Negeri dan Daerah telah melaksanakan pemeriksaan Khas Pematuhan SOP sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan dan sehingga 16 Januari 2021, sejumlah 321,850 premis perniagaan telah diperiksa. Sejumlah enam notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 telah dikemukakan kepada peniaga untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kenaikan yang berlaku dan mengesan sekiranya wujud sebarang elemen pencatutan. Peniaga yang melakukan aktiviti mencatut akan disiasat dan sekiranya sabit kesalahan akan diambil tindakan di bawah Seksyen 14, AKHAP 2011.  

 

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive