Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

BEKALAN BARANGAN KEPERLUAN MENCUKUPI WALAU PELAKSANAAN PKP

photo6339374551145753587

PUTRAJAYA, 12 JANUARI 2021 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bahawa bekalan makanan keperluan mencukupi walau negara dilanda pandemik Covid-19 dan bencana banjir dalam gelombang ketiga baru-baru ini.

Pengarah Penguat kuasa KPDNHEP, Haji Azman Adam ketika menjadi tetamu di rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM pagi ini melalui aplikasi skype berkata, beliau telah mengeluarkan arahan agar lebih 2,300 pegawai penguat kuasanya di kesemua 72 daerah membuat pemeriksaan di premis - premis peniagaan bagi memastikan tiada peniaga yang cuba mengaut keuntungan dalam situasi hari ini.

Menurutnya, KPDNHEP sentiasa mahu memastikan tahap keberadaan barangan-barangan keperluan ini sentiasa mencukupi dan harga yang stabil.

“KPDNHEP meningkatkan pemeriksaan diseluruh negara bagi memastikan semua peniaga mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan tanpa perlu melakukan aktiviti menyorok bekalan terutamanya di kawasan yang dilanda musibah banjir atau mengambil keuntungan tanpa munasabah ketika berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu yang bermula hari ini,” tambahnya.

Menurut Haji Azman, pihaknya akan mengambil langkah berhemah dengan  menasihati peniaga -peniaga agar mematuhi arahan yang dikeluarkan dan akan mengambil tindakan sekiranya ada diantara mereka yang masih bersikap degil atau ingkar.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive