Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PROGRAM USAHAWAN MUDA 2022

NILAI, 3 OKTOBER 2022, ISNIN - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), agensi di bawah KPDNHEP dan program ini merupakan Program Usahawan Muda 2022 (PUM22) siri ke-5 peringkat Negeri Sembilan. Ianya telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Dewan Sri Putra, Politeknik Nilai, Negeri Sembilan.

Untuk pengetahuan umum, tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan sesebuah perniagaan, menyemai minat dan menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri peserta. Bagi peringkat Negeri Sembilan, seramai 600 penyertaan yang melibatkan pelajar daripada Politeknik Negeri Sembilan, Kolej Komuniti Negeri Sembilan, Pusat Latihan GIATMARA Negeri Sembilan dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas.

Menurut Datuk Azman, PUM22  ini juga merupakan program khas yang dianjurkan bagi memberi kefahaman berkaitan tatacara serta perundangan yang dikawal selia SSM berhubung keperluan dan faedah mendaftarkan perniagaan, strategi perniagaan dan pengurusan kewangan, serta strategi pemasaran digital dan perkongsian oleh usahawan berjaya. Para peserta juga akan didedahkan dengan kesedaran dan perlindungan hak-hak pengguna agar peserta lebih peka dan prihatin tentang isu-isu kepenggunaan yang wujud di negara ini.

Seterusnya, melalui program PUM ini SSM membuka peluang kepada peserta untuk memanfaatkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang diperkenalkan bagi memberi kemudahan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada golongan usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa.

Turut berlangsung, majlis serahan agihan Wakalah Zakat Korporat SSM kepada 25 orang pelajar dari golongan asnaf dan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SSM kepada 20 orang pelajar dari kumpulan B40. Agihan keseluruhan yang berjumlah RM22,500 disampaikan kepada para pelajar dari Politeknik Nilai, Politeknik Port Dickson, Kolej Komuniti Negeri Sembilan dan Giatmara Negeri Sembilan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive