Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PELANCARAN PROGRAM INISIATIF PENDIGITALAN SEKTOR PERUNCITAN (ReDI) PERINGKAT KEBANGSAAN

“MEMACU DIGITALISASI SEKTOR PERUNCITAN LUAR BANDAR SELURUH NEGARA”

BERA, 27 OGOS 2022 – Telah berlangsung menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Initiative) (ReDI) Peringkat Kebangsaan yang di sempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia di Dataran Kerayong, Bera, Pahang.

Menurut YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pelancaran ReDI Kebangsaan pada kali ini, ianya sangat signifikan dalam memberikan momentum kepada agenda digitalisasi negara terutama untuk pemain industri sektor peruncitan untuk sama-sama mengambil peluang berkongsi kek ekonomi digital yang disediakan kerajaan.

 Dalam menyokong pelaksanaan ReDI ini, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM2 juta inisiatif e-voucher Program Jualan Malaysia ini yang bermula pada 30 Ogos 2022 hingga 31 Disember 2022. E-voucher Program Jualan Malaysia ini boleh di muat turun melalui aplikasi MySales Tracker yang disediakan oleh KPDNKSH.

Tambahnya lagi, kerajaan akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM250 ribu bagi melaksanakan pelbagai program sokongan insentif norma baharu kepada 1,800 peniaga dan 2,500 pengguna secara tanpa tunai pada hari ini. Insentif ini diharapkan dapat memberi galakan kepada peniaga dan pengguna untuk menggunakan medium arus perkembangan teknologi semasa.

Untuk makluman, ReDI ini melibatkan kerjasama KPDNKSH bersama Kerajaan Negeri, rakan strategik seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Paynet, ShopeePay, GrabPay, Maybank, Touch & Go, Boost dan 152 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara dengan menyasarkan 15,000 peniaga beralih ke platform digital menjelang tahun 2025.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive