PUTRAJAYA, 26 OGOS 2022 - KPDNHEP melalui BPM telah berjaya mengekalkan Pensijilan ISMS (Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat) di bawah standard ISO/ IEC 27001 : 2013 Information Security Management Systems bermula 22 Jun 2021 sehingga 5 Julai 2024 dengan sijil bernombor ISMS 00133 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd bagi skop Pengoperasian aplikasi Price Catcher.
Audit ISMS oleh Audit Dalam telah diadakan pada 27 hingga 29 Jun 2022 yang melibatkan 4 orang Juruaudit Dalam dari JPN, MOF dan MPAJ.
Manakala, Audit ISMS oleh SIRIM telah diadakan pada 25 hingga 26 Ogos 2022 yang melibatkan 2 orang juruaudit SIRIM dan seorang pemerhati daripada Jabatan Standard Malaysia.
Berdasarkan laporan audit yang diterima, Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat Pengoperasian aplikasi Price Catcher di KPDNKSH dilaksanakan mengikut keperluan standard ISO / IEC 27001: 2013 serta polisi dan prosedur organisasi. Pelaksanaan mesyuarat kajian semula pengurusan, audit dalaman dan penaksiran risiko adalah konsisten. Pihak pengurusan dan kakitangan telah menunjukkan komitmen yang baik untuk terus melaksana dan mengekalkan pelaksanaan ISMS ini.
Oleh : Unit Komunikasi Korporat