Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PENGISYTIHARAN MALAYSIA REPROGRAPHIC RIGHTS CENTRE BERHAD (MARC) SEBAGAI ORGANISASI PENGURUSAN KOLEKTIF MEWAKILI KARYA SASTERA, SENI, IMEJ DAN ILUSTRASI

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2022 – Reprographic Rights Centre Malaysia Berhad (MARC) hari ini secara rasmi diumum menjadi badan pengurusan kolektif yang diiktiraf oleh kerajaan untuk menjalankan aktiviti kutipan royalti mewakili penulis, penerbit dan pelukis di dalam industri percetakan dan penerbitan di Malaysia. Penyerahan sijil pengisytiharannya, disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Dato’ Rosol Wahid.

MARC merupakan pengurusan kolektif yang diisytihar oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang diberi kuasa mengutip royalti karya sastera, seni, imej dan ilustrasi serta mengeluarkan lesen penggunaan tersebut bagi pengguna di Malaysia. 

Menurut YB Dato’ Rosol Wahid, MARC berfungsi untuk memantau penggunaan semula karya cetak dan digital di seluruh negara termasuk di sekolah, universiti, perpustakaan dan pusat cetakan, dengan kerjasama entiti kerajaan yang berkaitan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) seterusnya mengutip royalti sebelum ia diagihkan kepada pemilik harta intelek tersebut.

Penubuhan dan pengiktiran MARC sebagai organisasi pengurusan kolektif antara lain akan memberi manfaat kepada ahli-ahlinya dalam menguruskan hak royalti       di samping menjaga kebajikan mereka dalam industri percetakan dan penerbitan karya-karya sastera, seni, imej dan ilustrasi. 

YB Dato' Rosol Wahid sebelum itu merasmikan Seminar Kebangsaan bertajuk “Managing Copyright in Malaysia Education” di sebuah hotel di sini.  Seminar ini antara lain adalah bagi mengumpulkan mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan dan pengajian tinggi dalam membincangkan kepentingan hak harta intelek di dalam industri imej dan percetakan (reprografik) di Malaysia. Seminar ini juga adalah medan dan peluang terbaik bagi peserta untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan terkini hak reprografik antarabangsa dan perkembangan dalam negara.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive