PUTRAJAYA, 8 JULAI 2022 – Susulan isu 380 orang bakal haji terkandas di KLIA akibat Syarikat Agensi Haji yang menguruskan haji mereka tidak dapat menyediakan Visa Furada dan tiket penerbangan tepat pada waktunya sebagaimana yang dijanjikan. Pihak KPDNHEP memandang serius terhadap isu ini yang sering berlaku setiap musim haji yang menunjukkan ketidak-pekaan masyarakat pengguna terhadap kewujudan mereka yang mengambil kesempatan untuk memperdayakan masyarakat pengguna.
Oleh itu, KPDNHEP menyeru supaya Syarikat Agensi Haji terbabit mengadakan perbincangan dan berunding dengan seberapa segera bersama semua bakal haji yang terkandas supaya jalan penyelesaian yang murni dapat dicapai demi kepentingan kedua-dua belah pihak terutama pengguna iaitu bakal haji yang terkandas tersebut.
Sekiranya jalan penyelesaian tidak dapat dicapai, Kementerian menyeru kepada bakal-bakal haji tersebut supaya membuat laporan polis dan memajukan tuntutan tebus rugi bagi amaun tuntutan tidak melebihi RM50,000.00 kepada Tribunal Tuntuan Pengguna Malaysia (TTPM) di mana-mana pejabat KPDNHEP seluruh Malaysia. Jika tuntutan itu melebihi RM50,000.00, bakal haji terbabit boleh memfailkan tuntutan di Mahkamah Sivil.
Tuntutan tersebut haruslah disertai dengan bukti yang lengkap termaksuk iklan, resit bayaran, segala transaksi termassuk rekod pergubungan antara bakal haji dengan Syarikat Agensi Haji tersebut. Tindakan segera dari bakal haji sangat penting supaya tiada lagi Syarikat Agensi Haji dan Umrah berwewenangan mengambil kesempatan untuk memperdaya atau tidak memenuhi tanggungjawab mereka terhadap bakal haji dan umrah di Malaysia.
Akhir sekali, sekiranya mempunyai pertanyaan lanjut berkenaan tuntutan tebus rugi dan TTPM bolehlah menggunakan hotline TTPM di 1 800 88 9811, atau 03-8882 5822 atau e-mel kepada
Oleh : Unit Komunikasi Korporat