Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

LAWATAN RASMI YB TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA KE PULAU SEBATIK

Tawau, 9 April 2022 - YB Dato’ Rosol Bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna telah mengadakan Lawatan kerja ke Pulau Sebatik, Tawau Sabah. Lawatan ini meliputi Kawasan Pengedaran Barang Kawalan Dan Bersubsidi serta Program Penyeragaman Harga di Kampong Sungai Tongkang, dan Kampung Mentadak.

Lawatan ini adalah untuk meninjau keberkesanan program yang telah dilaksanakan Kerajaan di Pulau Sebatik sejak 2012. Data dan informasi ini sangat penting untuk KPDNHEP menambahbaik mekanisma penyaluran subsidi dan meneliti alternatif seperti pelaksanaan Subsidi Bersasar bagi menjamin penyaluran yang tepat kepada golongan sasar. Ini juga dapat mengurangkan ketirisan dalam usaha Kerajaan mengurangkan beban fiskal Kerajaan dalam soal subsidi.

Menurutnya, Program Penyeragaman Harga dilaksanakan di Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang merupakan program yang sangat bermanfaat kepada rakyat di negeri-negeri tersebut. Kerajaan menanggung kos pengangkutan dan Penghantar Barang (Transporter) untuk membawa tujuh (7) barangan subsidi/kawalan dari pembekal di bandar ke kawasan-kawasan pedalaman terpilih. Sebagai makluman, Pulau Sebatik mempunyai 28 Point of Sales (POS) yang merupakan pusat jualan/ kedai runcit yang membeli bekalan barangan yang dihantar oleh transporter dan menjual barangan tersebut kepada pengguna setempat dengan harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Program ini merangkumi Program Pengedaran Barang Perlu (beras, gula putih paket 1kg, tepung gandum kegunaan am paket 1kg/ tepung gandum bukan kegunaan am paket 1kg, minyak masak paket 1kg/ botol 1 liter), Gas Cecair Petroleum (LPG) dan Community Drumming (Petrol RON95 dan Diesel).

Tambahnya lagi, tanpa program ini, barang-barang tersebut pastinya terpaksa dijual mahal kerana faktor pengangkutan dan transporter yang kini ditanggung oleh Kerajaan. Pada tahun 2022 Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM240 juta untuk Program Penyeragaman Harga yang melibatkan Pengedaran Barang Perlu, Gas Petroleum Cecair dan Community Drumming, RM400 juta untuk Program Penstabilan Harga Minyak Masak dan RM40 juta untuk Subsidi Tepung Gandum Kegunaan Am.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive