Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

BULAN MAC SETIAP TAHUN DIISYTIHARKAN SEBAGAI BULAN PENGGUNA KEBANGSAAN

 

PUTRAJAYA, 1 Mac 2022 – Bulan Mac setiap tahun telah di isytiharkan oleh Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 11 Disember 2020 sebgai Bulan Pengguna Kebangsaan (BPK). Namun begitu, sambutan bagi tahun 2021, telah ditangguhkan kerana Covid19.

Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan sambutan BPK buat julung-julung kalinya di peringkat nasional di seluruh negara bulan Mac 2022. Objektif BPK antara lain untuk  memperkasa pengguna agar menjadi lebih cakna dan berdaya upaya dalam pelbagai aspek terutamanya aspek perlindungan pengguna.

Sambutan BPK ini bersesuaian dengan sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia (HHPS) yang disambut pada 15 Mac setiap tahun di mana tahun ini temanya adalah Fair Digital Finance yang bermaksud kesaksamaan dalam kewangan digital. Ia menumpukan kepada kesaksamaan dan perlindungan dalam aktiviti kewangan secara atas talian.

Bertemakan Digitalisasi Pengguna, menfokuskan kepada penggunaan transaksi atas talian yang lebih mudah, cepat dan selamat bagi urusan harian. Pemilihan tema ini bertepatan dengan senario pandemik Covid-19 yang memerlukan sebahagian besar transaksi bayaran, jual beli dan sebagainya dilakukan tanpa sentuhan dan transaksi dalam talian adalah platform yang paling selamat dan efisien.

Selain itu, KPDNHEP berharap pengguna turut serta bersama arus teknologi digital dan seterusnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kepenggunaan digital lebih-lebih lagi dari sudut keselamatan dan perlindungan dari ancaman scam, penipuan, penggodam dan sebagainya.

Pelbagai aktiviti dan program telah dirancang selaras dengan perkembangan hal ehwal kepenggunaan semasa dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang masih berkuatkuasa. BPK ini akan disambut selama sebulan bermula pada 1 Mac dan berakhir pada 31 Mac 2022 di mana kemuncak sambutan akan diadakan pada 26 Mac 2022.

Akhir sekali, sekiranya pengguna menghadapi sebarang masalah atau menjadi mangsa penipuan, segeralah bertindak dengan melaporkan perkara berkenaan kepada KPDNHEP atau agensi-agensi berkenaan dan pastikan hak anda sebagai pengguna sentiasa dilindungi.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive