Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PELAKSANAAN SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2022 UNTUK MEMASTIKAN KESEJAHTERAAN KELUARGA MALAYSIA MENYAMBUT PERAYAAN

 

PUTRAJAYA, 26 Januari 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melaksanakan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) bermula 1 Januari 2022 dan sedang berkuatkuasa sehingga 4 Februari 2022. Ini merupakan usaha Kementerian untuk memastikan Keluarga Malaysia dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup ketika ini. Sebanyak 12 jenis barangan yang telah ditentukan harga maksimum tersenarai di bawah skim ini seperti ayam, telur ayam dan sayur-sayuran

Menurut YB Menteri PDNHEP, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi,. permintaan terhadap barangan tertentu dijangka akan meningkat semasa perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut pada 1 Februari 2022. Sebagai langkah menstabilkan harga barangan dan memastikan keberadaan bekalan di pasaran semasa musim Perayaan Tahun Baru Cina 2022, Kementerian akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2022 yang akan berkuatkuasa bermula 29 Januari sehingga 4 Februari 2022 iaitu tiga (3) hari sebelum perayaan, semasa hari perayaan dan tiga (3) hari selepas perayaan.

Sebanyak enam (6) jenis barangan harga terkawal akan dikuatkuasakan melibatkan barang keperluan harian dari kategori hasil laut, barangan kering dan daging babi. Jumlah keseluruhan barangan harga terkawal bagi pelaksanaan SHMKM dan SHMTBC 2022 adalah sebanyak 18 jenis barangan daripada kategori ayam, telur ayam, sayur, barangan kering dan daging babi.

Berikut merupakan Senarai barangan harga terkawal bagi SHMMP Tahun Baru Cina 2022 adalah seperti berikut:

  1. Ikan bawal putih (berat antara 200gram hingga 400gram seekor);
  2. Udang putih (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram);
  3. Bawang putih (China);
  4. Babi hidup (Kawalan diperingkat ladang sahaja);
  5. Daging babi (perut);dan
  6. Daging babi (daging dan lemak)

Senarai barangan harga terkawal bagi SHMKM yang sedang berlangsung adalah seperti berikut:

  1. Ayam hidup;
  2. Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya);
  3. Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal);
  4. Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji);
  5. Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji);
  6. Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji);
  7. Kacang Panjang;
  8. Cili merah;
  9. Tomato;
  10. Sawi hijau;
  11. Kobis Bulat Import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing);dan
  12. Timun

Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP akan sentiasa berada di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasaraya untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan. Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini.

Sekiranya pengguna mempunyai maklumat berkenaan salah laku peniaga berhubung perkara ini boleh melaporkan kepada pihak KPDNHEP melalui saluran rasmi Kementerian

Oleh : Unit Komunikasi Korporat

(Hanya terbitan bahasa melayu sahaja)


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive