Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PROGRAM WALKABOUT YB TIMBALAN MENTERI KPDNHEP DI PASAR KOMUNITI STUTONG, KUCHING

program-walkabout-yb-timbalan-menteri-kpdnhep-di-pasar-komuniti-stuton

 

KUCHING, 21 Januari 2022 – YB Timbalan Menteri KPDNHEP, Dato’ Rosol bin Wahid telah mengadakan tinjauan ke Pasar Komuniti Stutong, Kuching sempana pelaksanaan dan pematuhan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang telah dimulakan sejak 7 Disember 2021 lalu dan sedang berkuatkuasa sehingga 4 Februari 2022 bagi 12 jenis barangan asas kegunaan rakyat Malaysia.

Berdasarkan tinjauannya, beliau berpuas hati dengan peniaga-peniaga di pasar ini yang mematuhi SHMKM samada dari sudut penandaan harga berwarna merah jambu dan harga 12 barang terkawal. Rata-rata harga yang ditawarkan samada menepati atau lebih rendah dari harga yang telah ditetapkan dalam SHMKM. Bekalan barangan juga mencukupi dan harga barang di pasaran secara keseluruhan adalah stabil.

Barang-barang harga terkawal yang terlibat dengan SHMKM adalah seperti berikut :

  1. Ayam hidup
  2. Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya)
  3. Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)
  4. Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji)
  5. Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji)
  6. Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji)
  7. Kacang Panjang
  8. Cili merah
  9. Tomato
  10. Sawi
  11. Kobis Bulat Import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing)
  12. Timun

Tambahnya lagi, SHMKM ini dilanjutkan sehingga 4 Februari 2022 adalah berdasarkan maklumbalas dari komuniti pengguna yang meminta intervensi Kerajaan terhadap barang keperluan asas yang sering digunakan oleh keseluruhan rakyat dalam situasi sukar sekarang di mana harga barang dan inflasi telah meningkat di seluruh dunia termasuk Malaysia. Sementara itu, SHMKM yang dilaksanakan ini turut membantu rakyat menangani kos sara hidup.

Anggota Penguat Kuasa dan Pegawai Pemantau Harga KPDNHEP akan melakukan pemantauan setiap hari di seluruh negara melibatkan pemeriksaan di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pasar awam, pasar tani dan pasaraya serta peniaga-peniaga di peringkat rantaian borong. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan salah laku mana-mana pihak berhubung bekalan dan harga barangan boleh melaporkan kepada pihak KPDNHEP melalui saluran aduan rasmi.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat

(Hanya terbitan bahasa melayu sahaja)


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive