Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

KPDNHEP LANCAR PROTOTAIP PERTAMA BAWAH PROGRAM FRANCAIS MIKRO DAN FRANCAIS MAMPU MILIK

banyak program rakyat centric yang dilaksanakan untuk meringankan kos sara hidup rakyat sabah

 

SUBANG, 20 Januari 2022 – Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad telah melancarkan Prototaip Mampu Milik Oldtown White Coffee Express di bawah inisiatif Program Pembangunan Francais Mikro dan Mampu Milik (F3M) di One City, USJ.

Oldtown White Coffee Express ini merupakan antara jenama francais yang terpilih untuk menerima Geran Penuh bernilai RM50,000 di bawah Program F3M yang dilaksanakan oleh KPDNHEP dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA) baru-baru ini. Ini telah menjadi mercu tanda kejayaan program ini kerana ianya merupakan prototaip pertama yang dilancarkan di bawah program ini.

Menurutnya, Oldtown White Coffee telah berjaya membangunkan prototaip francais mampu milik Oldtown Express, dengan kos permulaan perniagaan sebanyak RM100,000 sahaja, yang merangkumi kos penyediaan outlet, peralatan dan perabot, yuran francais dan yuran latihan. Turut dimaklumkan pakej yang akan didaftarkan ini mampu memberi keuntungan kepada francaisi sebanyak 16% untuk setiap outlet.

Terdapat 3 francaisor lagi sedang dalam peringkat terakhir penyediaan perniagaan konsep F3M manakala beberapa francaisor lain sedang dalam peringkat perancangan awalan. Beliau berharap lebih ramai francaisor dapat menyediakan pakej francais F3M yang mampu memberi peluang untuk berniaga kepada lebih ramai golongan masyarakat dibawah B-40 dan M-40.

Tambahnya lagi, program ini dapat memberi impak yang positif terhadap pembangunan ekonomi negara sekaligus mengangkat taraf ekonomi negara ke peringkat lebih tinggi. Turut berlangsung, program Sesi Libaturus bersama Ahli MFA dengan objektif untuk berkongsi maklumat dan perkembangan terkini berkaitan industri, kemudahan bantuan kewangan termasuk penawaran geran serta aktiviti-aktiviti anjuran MFA.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat

(Hanya terbitan bahasa melayu sahaja)


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive